Pada 24 Oktober 2009, telah diadakan satu majlis ulangtahun TYT ke-88 yang bertempat di Dewan Suarah Bintulu. Majlis ini dianjurkan oleh Astana Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bintulu dan jabatan-jabatan kerajaan lain termasuk JKR Bintulu. JKR Bintulu telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan peralatan dan kelengkapan bagi majlis tersebut.
Acara penuh gilang-gemilang ini dimulakan dengan perarakan kontinjen-kontinjen dari seluruh bahagian Bintulu. JKR Bintulu telah menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan JKR Bintulu sendiri. Kemudian, majlis diserikan dengan persembahan tarian perang oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), persembahan koir dan upacara memotong kek ulangtahun.
Hadirin yang memeriahkan majlis pada pagi itu.