Friday, May 3, 2013

Memantau Kerja HDD (Horizontal Directional Drilling) di Samalaju

Untuk pengetahuan anda, HDD atau Horizontal Directional Drilling ialah satu kaedah penggerudian untuk menanam saluran paip air, biasanya untuk melintasi jalan raya atau laluan air. Kaedah ini melibatkan tiga peringkat iaitu Pilot Hole, Pre-ream dan Pullback. Pada peringkat Pilot Hole, penggerudi biasanya akan mencari tapak yang sesuai untuk menggerudi kabel. Penggerudian memerlukan satu alat pengukur kedalaman (depth survey tool), dan mata gerudi haruslah disertakan dengan 'wash pipe' untuk melicinkan saluran. Setelah mata gerudi sampai ke bahagian seberang, maka satu lagi mata gerudi bersaiz lebih besar ditarik untuk membuat lubang saluran yang lebih besar. Mata gerudi ini haruslah sama dengan saiz paip yang hendak ditanam. Akhir sekali, paip yang hendak ditanam diikat pada mata gerudi dan ditarik semula ke kawasan lubang asal. Berikut ialah rajahnya:

Rajah ilustrasi proses-proses HDD.



Pada 10 Mei 2013, satu kerja HDD telah dijalankan berhadapan stesen elektrik SESCO bagi menggerudi paip di bawah Jalan Bintulu-Miri (coastal road). Berikut ialah gambar-gambar proses kerja tersebut dijalankan:

Mesin menggerudi yang digunakan yang dinamakan "Ditch Witch".

Tangki air untuk paip basuhan 'wash pipe'.

Alat mengukur (survey tool) yang digunakan untuk mengesan kedalaman dan kedudukan pengorekan di bawah tanah.

Paip air dihulurkan untuk ditarik oleh mata gerudi ke dalam lubang korekan.

Paip yang berjaya dibawa keluar ke lubang asal dibersihkan dari kekotoran.


1 comment: