Pada 27 April 2013, satu majlis pecah tanah anjuran JKR telah berlangsung iaitu untuk merasmikan satu projek SCORE iaitu Jalan Sangan ke Nanga Merit (Pakei 1A: Jalan Sangan ke Sg. Anap). Majlis tersebut turut disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Projek jalan tersebut ialah sebahagian daripada pakej 142km jalan menghubungkan pekan Sangan di daerah Tatau, bahagian Bintulu dengan Nanga Merit di bahagian Kapit dengan panjang 18.2 km dan kos sebanyak RM170 juta. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Pembangunan Infrastruktur, Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Muda Kemudahan Awam, Datuk Dr. Stephen Rundi Utom dan Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talip Zulpilip. Di pihak JKR Sarawak pula, dihadiri oleh Timbalan Pengarah JKR (Infrastruktur), Ir. Philip Ng selain Pengurus Wilayah Utara dan Jurutera Bahagian JKR Bintulu.
Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis:
Orang ramai berhimpun di luar untuk menyambut ketibaan YAB Ketua Menteri.
Kehadiran 3000 orang dari segenap lapisan masyarakat ke majlis.
YAB Ketua Menteri berjabat mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir.
YAB Ketua Menteri bersama-sama dengan tetamu VIP lain di atas pentas.
Turut menceriakan majlis ialah Timbalan Pengarah JKR Sarawak, Ir. Philip Ng.
Kakitangan-kakitangan JKR di khemah urusetia.
YAB Ketua Menteri menyempurnakan simbolik pecah tanah.
YAB Ketua Menteri diarak ke khemah VIP untuk makan tengah hari.
No comments:
Ada sebarang komen?