Tuesday, April 29, 2014

Taklimat Penggunaan Photometer, Turbidimeter dan Jar Tester di JKR Kuching

Pada 29 April 2014, JKR Bintulu telah menghantar beberapa orang wakil untuk menghadiri taklimat penggunaan photometer, turbidimeter dan jar tester di JKR Kuching. Taklimat ini dikelolakan oleh Ibu Pejabat JKR Sarawak Cawangan Bekalan Air (O&M), dihadiri oleh penceramah khas dari Palintest dan Arachem. JKR Bintulu telah diperuntukkan beberapa unit untuk digunakan dan dibawa pulang pada hari yang sama.

Wakil dari Palintest Australia menunjukkan cara-cara menggunakan Photometer 8000.


Wakil dari Arachem membentangkan cara-cara menggunakan Turbidimeter keluaran syarikatnya.

Antara hadirin yang tak sabar-sabar hendak menggunakan alat.

Pelbagai jenis photometer yang dikeluarkan Palintest.

Cara-cara menggunakan jar tester.

Kakitangan JKR Bintulu menyediakan bungkusan unit peralatan untuk dibawa pulang.


No comments:

Ada sebarang komen?