Sunday, June 29, 2014

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Feri Pekan Sebauh, Batang Kemena

Pada 28 Jun 2014, telah berlangsung satu majlis pelancaran perkhidmatan feri pekan Sebauh menghubungkan kawasan Ulu Sebauh. Majlis gilang-gemilang ini telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak sendiri iaitu Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Hj. Adenan bin Hj. Satem. Majlis ini turut dihadiri oleh Jurutera Bahagian JKR Bintulu, Encik Ir. Wisil anak Lichok serta beberapa kakitangan JKR Bintulu  yang lain.

Ketua Menteri Sarawak bersalaman dengan rakyat Sebauh yang hadir.


Sepanduk yang digantung sempena majlis.

Perkhidmatan feri yang dilancarkan menghubungkan Sebauh dan Ulu Sebauh.

Feri yang digunakan untuk membawa penumpang ke seberang.

Kehadiran Ketua Menteri di karpet merah.

Ketua Menteri berjalan menuju ke feri.

Ketua Menteri Sarawak menandatangani plak pelancaran.

Plak pelancaran yang telah ditandatangani Ketua Menteri Sarawak.

Ujicuba feri menggunakan kenderaan rasmi Ketua Menteri Sarawak.

Jurutera Bahagian JKR Bintulu, En. Ir. Wisil anak Lichok turut sama memeriahkan majlis pelancaran.


No comments:

Ada sebarang komen?