Pada 11-13 Jun 2014, telah berlangsung konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Utara Sarawak 2014. JKR Bintulu telah menghantar satu kumpulan bagi kategori teknikal yang diketuai oleh En. Mohd. Rahmat bin Jamali dan difasilitatorkan oleh Pn. Rozaidah binti Hj. Hipenie.Turut bertanding ialah kumpulan Nanas Madu dari JKR Sarikei dan kumpulan Q-Think dari JKR Limbang. Selain persembahan, aktiviti pameran turut diadakan.
Pameran kumpulan Q-Inno yang bertemakan elektrik.
Ahli-ahli kumpulan bertungkus lumus menyiapkan pameran.
Ahli-ahli kumpulan Q-Inno tekun mendengar taklimat.
Ahli-ahli kumpulan Q-Inno.
Pameran dari kumpulan Land Tahai, Jabatan Tanah dan Survei Limbang.
Pameran menarik daripada kumpulan Nanas Madu, JKR Sarikei.
Pameran daripada PUSAKA Mukah.
Sesi viva kumpulan Q-Inno bersama juri-juri.
Persembahan yang sangat memukau daripada kumpulan Nanas Madu, JKR Sarikei.
No comments:
Ada sebarang komen?