Pada 19 - 21 September 2012, pihak Jabatan Ketua Menteri, di bawah sekretariat KIK kontinjen perkhidmatan awam negeri Sarawak telah mengadakan satu bengkel pemurnian dokumentasi projek KIK Peringkat Kebangsaan ke-29 yang telah diadakan di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak. Tujuan bengkel tersebut diadakan ialah untuk membuat pemurnian dan penambahbaikan terhadap dokumentasi projek KIK bagi memastikan kualitinya menepati dokumentasi projek KIK peringkat kebangsaan. Bengkel ini dihadiri oleh kedua-dua kumpulan KIK yang akan berentap di konvensyen KIK peringkat kebangsaan mewakili PANS iaitu kumpulan SKIP dari Pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak dan kumpulan Q-Inno dari JKR Bintulu.
Sesi bergambar bersama En. Hj. Husaini dan En. Dolhadi Hj. Mazuki.