Untuk pengetahuan anda, HDD atau Horizontal Directional Drilling ialah satu kaedah penggerudian untuk menanam saluran paip air, biasanya untuk melintasi jalan raya atau laluan air. Kaedah ini melibatkan tiga peringkat iaitu Pilot Hole, Pre-ream dan Pullback. Pada peringkat Pilot Hole, penggerudi biasanya akan mencari tapak yang sesuai untuk menggerudi kabel. Penggerudian memerlukan satu alat pengukur kedalaman (depth survey tool), dan mata gerudi haruslah disertakan dengan 'wash pipe' untuk melicinkan saluran. Setelah mata gerudi sampai ke bahagian seberang, maka satu lagi mata gerudi bersaiz lebih besar ditarik untuk membuat lubang saluran yang lebih besar. Mata gerudi ini haruslah sama dengan saiz paip yang hendak ditanam. Akhir sekali, paip yang hendak ditanam diikat pada mata gerudi dan ditarik semula ke kawasan lubang asal. Berikut ialah rajahnya:
Rajah ilustrasi proses-proses HDD.