Friday, March 21, 2014

Upacara Solat Sunat Istisqo di Masjid Sebauh

Pada 20 Mac 2014, satu upacara solat sunat istisqo telah diadakan di Masjid Sebauh anjuran PKIJ Bintulu dengan kerjasama ahli-ahli jawatankuasa Masjid Sebauh. Upacara ini diadakan bagi memohon kepada Allah supaya diturunkan hujan setelah sekian lama Sebauh dilanda kemarau sehingga menyebabkan keadaan bekalan air di Loji Rawatan Air Sebauh meruncing. Turut hadir memeriahkan upacara ialah Penolong Jurutera Bahagian, En. Indra Sakti bin Haron serta Penolong Jurutera (Elektrik), En. Mohamad Rahmat bin Jamali yang juga selaku Pengerusi PKIJ Bintulu.

Antara yang turut hadir menyertai solat.

Thursday, March 20, 2014

Safety and Health Awareness Talk JKR Bintulu

Pada 19 Mac 2014 telah diadakan satu sesi taklimat "Safety and Health Awareness Talk" kepada kakitangan-kakitangan JKR Bintulu. Ia bertujuan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 

Jurutera Bahagian mengucapkan penghargaan kepada penceramah.

Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Kemarau Daerah Tatau

Pada 19 Mac 2014 bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Tatau telah diadakan satu mesyuarat tergempar Jawatankuasa Bencana Kemarau Tatau. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Tatau, En. Nyurak Keti, Jurutera Bahagian JKR Bintulu serta dihadiri agensi-agensi lain termasuk wakil ketua kaum dan masyarakat. Mesyuarat adalah bertujuan untuk membincangkan dan memberi taklimat tentang keadaan kemarau di Tatau termasuklah keadaan bekalan air yang meruncing di Loji Rawatan Air Tatau.

Antara yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Sunday, March 16, 2014

JKR Bintulu Merangkul Tempat Ke-2 dan Ke-3 Kejohanan Badminton Bersempena Karnival Sukan Sambutan Hari MARA ke-14 Anjuran IKM Bintulu

Pada 15 Mac 2014 bertempat di Dewan Badminton IKM Bintulu, telah diadakan satu pertandingan badminton di mana JKR Bintulu telah merangkul tempat Ke-2 dan Ke-3 dalam Kejohanan Badminton Bersempena Karnival Sukan Sambutan Hari MARA ke-14 anjuran IKM Bintulu. Tempat ke-2 diwakili oleh Michael Sim dan Nur Azman Wan Seh manakala tempat ke-3 oleh Mani anak Ukin. Tahniah kepada mereka!

JKR Bintulu bersama hadiah yang dimenangi.

Saturday, March 15, 2014

Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Bencana Kemarau Bintulu

Pada 14 Mac 2014 bertempat di bilik perbincangan Pejabat Residen Bintulu telah diadakan satu mesyuarat tergempar Jawatankuasa Bencana Kemarau Bintulu. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Residen Bintulu sendiri iaitu En. Mohd. Yakup bin Kari serta dihadiri oleh Pegawai Daerah Bintulu, En. Tuah Suni, Jurutera Bahagian JKR Bintulu serta dihadiri agensi-agensi lain seperti pegawai dari Jabatan Metereologi. Mesyuarat adalah bertujuan untuk membincangkan dan memberi taklimat tentang keadaan kemarau di Bintulu termasuklah keadaan bekalan air yang meruncing di Sebauh dan Tatau.

Antara yang hadir di mesyuarat tersebut.

Tuesday, March 11, 2014

Majlis Sambutan Ketibaan DYMM Sultan Selangor ke Bintulu

Pada 10 Mac 2014 bertempat di Lapangan Terbang Bintulu, satu majlis sambutan ketibaan DYMM Sultan Selangor ke Bintulu telah diadakan. Baginda Sultan adalah dalam rangka lawatan merasmikan Kampus UPM Cawangan Bintulu. Turut hadir menyambut baginda ialah wakil-wakil daripada JKR Bintulu diketuai oleh Jurutera Bahagian, En. Ir. Wisil Lichok.

Ketibaan DYMM Sultan Selangor disambut meriah.

Tuesday, March 4, 2014

Sesi Randau "Detailed EIA For The Proposed Integrated Waste Management, Maskat, Bintulu"

Pada 4 Mac 2014, telah diadakan satu sesi randau komuniti untuk "Detailed Environment Impact Assessment (EIA) For The Proposed Integrated Waste Management, Maskat, Bintulu". Pengerusi bagi sesi tersebut ialah Pegawai Daerah Bintulu, En. Tuah Suni serta dihadiri wakil daripada Trienekens selaku pelaksana projek, wakil BDA, JKR, NREB serta agensi-agensi lain yang berkaitan. Wakil daripada JKR Bintulu ialah Jurutera Bahagian sendiri iaitu En. Ir. Wisil Lichok. Sesi ini adalah untuk menerangkan kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Maskat, Bintulu tentang kajian terperinci EIA untuk projek pengurusan sisa pepejal bersepadu yang pertama seumpamanya di Bintulu.

Antara wakil penduduk yang hadir di sesi randau tersebut.