Saturday, November 17, 2012

JKR Bintulu Telah Memenangi Johan Kategori Negeri - Teknikal Peringkat Kebangsaan 2012

Pada 4 - 7 November 2012, bertempat di Awana Porto Malai, Pulau Langkawi, JKR Bintulu telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan ke-29 bagi tahun 2012. Sebanyak 24 pasukan dari 12 negeri dan wilayah persekutuan telah menyertai konvensyen ini. Tema KIK bagi tahun ini ialah KIK - Pemikiran Inovatif, Perlaksanaan Kreatif, Perkhidmatan Awam Produktif. JKR Bintulu telah menghantar Kumpulan Q-Inno bagi konvensyen kali ini di bawah naungan kerajaan negeri Sarawak. Konvensyen yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Ybhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa ini mengambil tempat di Grand Ballroom hotel tersebut, dengan satu dewan digunakan untuk persembahan, satu dewan untuk sesi viva dan satu lagi dewan untuk pameran.

Pada tahun ini, JKR Bintulu telah mengulangi kejayaan negeri Sarawak pada tahun lepas apabila dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Teknikal (Negeri) dengan mengumpul markah sebanyak 74.0 dan menerima pengiktirafan empat bintang. Gelaran juara ini diberi nama Anugerah Ketua Setiausaha Negara

KIK Kebangsaan 2012
Kumpulan Q-Inno bergambar bersama 'mock cheque' bernilai RM10,000.00.
Dari kiri: Anwarul Adzizi, Joseph Jenang, Nor Errisza Jaimin, Kharmiza Azahani, Wisil Lichok (Jurutera Bahagian - selaku Penasihat Kumpulan Q-Inno), Saiful Yazan bin Alwi (Pengarah Wilayah Kampus INTENGAH), Dolhadi Hj. Mazuki (Penyelaras KIK Kontinjen Sarawak), Haliza Abdul Khalek (Ketua Kumpulan), Nur Azman Wan Seh, Mohammad Rahmat Jamali (Fasilitator), Mohd. Qarib dan Abg. Ismail.


Monday, November 5, 2012

Temubual Kumpulan Q-Inno JKR Bintulu Oleh Langkawi FM

Baru-baru ini sewaktu Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan ke-29 tahun 2012 yang diadakan di Awana Porto Malai, Langkawi, ketua kumpulan Q-Inno dari JKR Bintulu, iaitu Puan Haliza Abdul Khalek telah ditemuramah oleh sebuah stesen radio RTM di Langkawi iaitu Langkawi FM. Antara intipati temubual tersebut ialah tentang persiapan dan projek kumpulan Q-Inno bagi konvensyen kali ini.

Ketua Kumpulan Q-Inno bersama DJ bertugas yang menemubual beliau.

Lawatan Muhibbah JKR Bintulu ke JKR Langkawi

Pada 4 November 2012, JKR Bintulu telah membuat lawatan muhibbah ke JKR Langkawi. Lawatan yang berdurasi lebih kurang dua jam ini memfokuskan kepada mengeratkan tali silaturahim dengan pegawai-pegawai JKR Langkawi. Pegawai-pegawai JKR Bintulu terdiri daripada:

En. Wisil Lichok (Jurutera Bahagian selaku ketua rombongan)
En. Anwarul Adzizi Adeni
En. Mohd. Qarib Abd. Hadi Khan
En. Mohammad Rahmat Jamali
Pn. Haliza Abd. Khalek
Pn. Kharmiza Azahani Morshidi
En. Nur Azman Wan Seh
En. Abg. Ismail Abg. Salim
En. Joseph Jenang
Cik Nor Errisza Jaimin
Pn. Lezawarty Abd. Rani

Selain daripada itu, JKR Bintulu juga mengambil kesempatan tersebut untuk menjemput pihak JKR Langkawi untuk berkunjung di booth pameran Kumpulan Q-Inno di Awana Porto Malai sekaligus menyaksikan persembahan Kumpulan Q-Inno sempena Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan ke-29 tahun 2012.

Thursday, November 1, 2012

Kunjungan Hormat JKR Bintulu Bersama Pengarah Kerja Raya Sarawak

Pada 31 Oktober 2012, bertempat di Bilik Muhibbah, Ibu Pejabat JKR Sarawak, telah diadakan satu lawatan hormat dari JKR Bintulu untuk Pengarah Kerja Raya Sarawak iaitu Encik Ir. Zuraimi bin Sabki. Antara intipati lawatan ialah untuk memberi penerangan secara ringkas tentang Kumpulan Q-Inno dari JKR Bintulu yang akan mewakili Sarawak bagi kategori Teknikal dalam Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan ke-29 2012 yang akan diadakan di Langkawi pada 4-7 November 2012. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Jurutera Bahagian JKR Bintulu, selaku penasihat Kumpulan KIK Q-Inno.

Sewaktu kunjungan hormat tersebut, Pengarah Kerja Raya telah memberi kata-kata semangat dan rangsangan kepada ahli-ahli kumpulan Q-Inno supaya bekerja keras dan memberi nama baik kepada Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak secara amnya, dan JKR Sarawak secara khususnya. Kunjungan  hormat ini diakhiri dengan penyampaian buku laporan projek kumpulan Q-Inno dan sesi bergambar.

Kumpulan Q-Inno memberi kunjungan hormat di pejabat Pengarah Kerja Raya Sarawak.