Pada 31 Oktober 2012, bertempat di Bilik Muhibbah, Ibu Pejabat JKR Sarawak, telah diadakan satu lawatan hormat dari JKR Bintulu untuk Pengarah Kerja Raya Sarawak iaitu Encik Ir. Zuraimi bin Sabki. Antara intipati lawatan ialah untuk memberi penerangan secara ringkas tentang Kumpulan Q-Inno dari JKR Bintulu yang akan mewakili Sarawak bagi kategori Teknikal dalam Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan ke-29 2012 yang akan diadakan di Langkawi pada 4-7 November 2012. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Jurutera Bahagian JKR Bintulu, selaku penasihat Kumpulan KIK Q-Inno.
Sewaktu kunjungan hormat tersebut, Pengarah Kerja Raya telah memberi kata-kata semangat dan rangsangan kepada ahli-ahli kumpulan Q-Inno supaya bekerja keras dan memberi nama baik kepada Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak secara amnya, dan JKR Sarawak secara khususnya. Kunjungan hormat ini diakhiri dengan penyampaian buku laporan projek kumpulan Q-Inno dan sesi bergambar.

No comments:
Ada sebarang komen?