Pada 6 - 8 Julai 2012, telah diadakan Karnival Sukan JKR Sarawak Peringkat Zon Utara bertempat di bandaraya Miri, dianjurkan oleh JKR Miri dengan pertandingan daripada empat kontinjen iaitu JKR Bintulu, JKR Miri, JKR Limbang dan JKR Wilayah Utara. Terdapat empat acara sukan dipertandingkan iaitu Bolasepak, Futsal, Bola Jaring dan Badminton.
JKR Limbang telah mengungguli karnival sukan kali ini dengan menjuarai tiga jenis sukan iaitu Bolasepak, Futsal dan Badminton, manakala JKR Miri telah memenangi sukan bola jaring. JKR Bintulu telah menghantar pasukan untuk semua jenis sukan. Pasukan yang paling unggul sekali ialah pasukan badminton yang diketuai oleh En. Mohd. Rahmat yang telah mendapat naib johan, manakala JKR Bintulu hanya mampu mendapat tempat ke-3 dalam acara bolasepak dan futsal.
Kontinjen JKR Bintulu memberi sokongan padu kepada pasukan yang bertanding.
Kontinjen bolasepak JKR Bintulu di padang. Turut disertai Jurutera Bahagian JKR Bintulu.
Kontinjen JKR Bintulu ketika majlis penutup karnival sukan.
No comments:
Ada sebarang komen?