Friday, June 28, 2013

JKR Bintulu Juara Pertandingan 3R - Music With Nature Anjuran Petronas, UPM Bintulu dan KPM

Pada 27 Jun 2013, bertempat di UPM Bintulu, JKR Bintulu telah menyertai Pertandingan 3R - Music With Nature yang juga turut bersaing dengan kumpulan-kumpulan dari UPM Bintulu, ABF dan Petronas. Pertandingan ini merupakan julung-julung kali disertai oleh JKR Bintulu di mana setiap kumpulan kugiran dikehendaki menyampaikan sebuah lagu berdurasi kurang 5 minit menggunakan elemen suara, alat-alat muzik kitar semula dan persembahan kreatif. JKR Bintulu telah memenangi pertandingan ini dengan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai bernilai RM2,000.00. Kumpulan Truly Nature, nama yang diberi untuk pasukan dari JKR Bintulu terdiri daripada kakitangan-kakitangan JKR Bintulu sendiri iaitu diketuai oleh Theresa Andrew (gitaris), dan anggota-anggota lain seperti Anwarul Adzizi Adeni (vokal), Herman Tino Jamal (vokal), Loh Tii Ming (vokal), Rozaidah Hipeny (musisi), Abg. Ismail Abg. Salim (musisi), Siti Nurhidayah (musisi), Jefry Ismail (dram) dan Haliza Abdul Khalek (musisi).


Keratan akhbar kemenangan JKR Bintulu.

Tuesday, June 25, 2013

JKR Bintulu Menghadiri Makmal "Rural Connectivity"

Pada 24 Jun 2013 bertempat di Hotel Grand Margarita, JKR Bintulu bersama delegasi dari Pejabat Residen dan Daerah Bintulu telah menghadiri Makmal "Rural Connectivity" yang pertama diadakan bertujuan membentuk koordinasi agensi-agensi pelaksana projek jalan luar bandar setiap bahagian untuk mengenalpasti projek-projek jalan raya luar bandar bagi kawasan-kawasan yang belum lagi mempunyai akses jalan.

Makmal ini akan diadakan dalam beberapa peringkat bagi membolehkan setiap agensi pelaksana mengemukakan perancangan mereka bagi perlaksanaan projek-projek tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi, YB Dato' Sri Michael Manyin anak Jawong serta dihadiri bersama oleh Timbalan Pengarah Kerja Raya I dan II, YBhg. Ir. Liew Jiu Ming dan YBhg. Philip Ng. Delegasi dari bahagian Bintulu terdiri daripada Residen Bintulu, En. Yusup bin Kari, Pegawai Daerah Bintulu, En. Tuah anak Suni dan Jurutera Bahagian JKR Bintulu, En. Wisil anak Lichok.

Ucapan Alu-aluan daripada Menteri.

Thursday, June 20, 2013

Lawatan Pengarah Kerja Raya Sarawak ke Bintulu

Pada 19 Jun 2013, Pengarah Kerja Raya Sarawak, Ir. Zuraimi Sebki telah meluangkan masa untuk melawat beberapa tapak projek di bawah kendalian Pejabat JKR Wilayah Utara iaitu Projek Bekalan Air Samalaju Phase 1 Stage 2, BALB Sebauh dan BALB Nyabau ke Simpang Sebauh. JKR Bintulu turut bersama mengiringi Pengarah Kerja Raya ke tapak-tapak projek. Setelah tamat lawatan, Pengarah Kerja Raya telah dibawa makan tengahari di Mardiah Resort sebelum berangkat pulang ke Kuching. Lawatan Pengarah Kerja Raya adalah aktiviti terakhir beliau setelah menghadiri Konvensyen High Performance Team peringkat negeri Sarawak yang bertempat di Hotel Parkcity Everly Hotel, Bintulu.

Pembinaan tangki aras tinggi bagi Projek Bekalan Air Samalaju (Phase 1 Stage 2).

Thursday, June 13, 2013

Lawatan Ibupejabat JKR Sarawak Cawangan Bekalan Air ke JKR Bintulu

Pada 10 - 12 Jun 2013, satu rombongan lawatan rutin dari ibupejabat JKR Sarawak Cawangan Bekalan Air ke JKR Bintulu yang terdiri daripada En. Chieng dan En. Ahmad Seli telah diadakan bagi melawat beberapa loji perawatan air seperti Tubau, Labang, Sungai Asap, Tatau dan Kuala Tatau. Lawatan rutin tersebut diadakan untuk memeriksa keadaan-keadaan loji serta memberi cadangan pembaikan dan penambahbaikan untuk perlaksanaan oleh JKR Bintulu.