Pada 19 Jun 2013, Pengarah Kerja Raya Sarawak, Ir. Zuraimi Sebki telah meluangkan masa untuk melawat beberapa tapak projek di bawah kendalian Pejabat JKR Wilayah Utara iaitu Projek Bekalan Air Samalaju Phase 1 Stage 2, BALB Sebauh dan BALB Nyabau ke Simpang Sebauh. JKR Bintulu turut bersama mengiringi Pengarah Kerja Raya ke tapak-tapak projek. Setelah tamat lawatan, Pengarah Kerja Raya telah dibawa makan tengahari di Mardiah Resort sebelum berangkat pulang ke Kuching. Lawatan Pengarah Kerja Raya adalah aktiviti terakhir beliau setelah menghadiri Konvensyen High Performance Team peringkat negeri Sarawak yang bertempat di Hotel Parkcity Everly Hotel, Bintulu.
Pembinaan tangki aras tinggi bagi Projek Bekalan Air Samalaju (Phase 1 Stage 2).
Penerangan oleh Pengurus Projek, En. Ir. Tie Tung Ing.
Taklimat projek Samalaju kepada Pengarah Kerja Raya.
Lawatan Pengarah Kerja Raya Sarawak ke projek BALB Sebauh - penambahbaikan kepada Pandan Booster di Sebauh.
Pengarah Kerja Raya Sarawak meninjau kemajuan projek BALB Sebauh - membina baru tangki aras tinggi di Sebauh.
Sesi makan tengahari di Mardiah Resort, Bintulu yang turut disertai Jurutera Bahagian JKR Bintulu dan Pengurus JKR Wilayah Utara.
No comments:
Ada sebarang komen?