Tuesday, July 30, 2013

Majlis Berbuka Puasa Persatuan Kebajikan Islam JKR (PKIJ) Bintulu 2013

Pada 29 Julai 2013, telah berlangsung satu majlis berbuka puasa anjuran PKIJ Bintulu bertempat di Rumah Kelab Sokanjaya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Jurutera Bahagian, En. Wisil Lichok, Penolong Jurutera Bahagian, Pn. Dayang Marlinda Awg. Omar serta dihadiri oleh kakitangan-kakitangan JKR Bintulu yang lain. Antara pengisian majlis tersebut ialah solat Maghrib berjemaah, tazkirah, solat Isya' berjemaah dan solat tarawikh berjemaah. 

PJ(E) Mohd. Rahmat selaku Pengerusi PKIJ memberikan sedikit mukadimah.

Monday, July 29, 2013

(Kemaskini) Notis Gangguan Bekalan Air di Tatau

30 Julai 2013
Kepada semua pengguna air di Tatau,
Untuk pengetahuan anda, pada hari ini bermula jam 10.00 pagi ke atas, bekalan air telah pun pulih seperti sediakala. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh anda selama tempoh gangguan. Terima kasih atas kesabaran anda.

Di sini kami rangkumkan semua gambar berkaitan selama gangguan ini berlaku.



Saturday, July 20, 2013

Lawatan Penarafan Bintang Loji Perawatan Air di JKR Limbang

Pada 18 Julai 2013, JKR Bintulu telah melakukan lawatan penilaian penarafan bintang kepada 3 buah loji perawatan air bertempat di Lawas di bawah jurisdiksi JKR Limbang iaitu Gelugus, Kuala Lawas dan Merapok. Tiga kakitangan dari JKR Bintulu telah mengambil bahagian dalam lawatan ini iaitu Anwarul Adzizi Adeni, Dermata'siah Sahnor dan Nur Raihannah Mohd. Azfar Abdullah. Kakitangan-kakitangan JKR Limbang yang terdiri daripada 4 orang juruteknik awam dan atendan-atendan loji juga telah menjayakan lawatan ini.

Aturcara lawatan adalah seperti berikut:

17 Julai 2013 - Berangkat dari Bintulu ke Limbang.
18 Julai 2013 - Melawat 3 loji perawatan air - Kuala Lawas, Merapok dan Gelugus.
19 Julai 2013 - Berangkat pulang dari Limbang ke Bintulu.

Gambar kenang-kenangan di Loji Perawatan Air Kuala Lawas.

Tuesday, July 16, 2013

Sesi Dialog Bekalan Air Sungai Asap, Kapit

Pada 15 Julai 2013, satu dialog antara JKR Bintulu bersama Pejabat Daerah Belaga, Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap dan ketua-ketua kaum serta pemanca di daerah kecil Sg. Asap telah berlangsung di Pusat Komuniti Sg. Asap. Dialog ini bertujuan untuk membincangkan tentang masalah-masalah berkenaan gangguan bekalan air yang sering berlaku baru-baru ini di Sg. Asap dan pembentangan daripada JKR Bintulu tentang tindakan-tindakan dan perancangan yang telah dan akan diambil dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian kepada pengguna-pengguna di Sg. Asap. Ketua delegasi JKR Bintulu ialah Jurutera Bahagian JKR Bintulu sendiri iaitu Encik Wisil anak Lichok, diikuti oleh rombongan daripada kakitangan-kakitangan seksyen Bekalan Air JKR Bintulu dan atendan-atendan loji perawatan air Sg. Asap. Manakala dari Pejabat Daerah Belaga ialah Pegawai Daerahnya sendiri iaitu Encik Abdul Halim bin Abdullah dan Pegawai Tadbir Daerah Sg. Asap, Encik Kuba anak Lusat.

Antara perkara-perkara berbangkit yang dibincangkan ialah masalah-masalah bekalan air, tindakan, perancangan dan pengebilan. 

Antara hadirin yang datang pada sesi dialog.

Saturday, July 6, 2013

Audit Kualiti Dalaman ISO JKR Bintulu

Pada 2 - 5 Julai 2013, satu kumpulan juru audit JKR telah mengunjungi JKR Bintulu untuk melaksanakan audit kualiti dalaman ISO bagi JKR Bintulu yang meliputi audit Jurutera Bahagian, kewangan, kontrak, projek-projek dan operasi yang terdiri daripada Pn. Tetty Irma dari JKR Sibu dan Cik Noraini dari JKR Kuching. 


Friday, July 5, 2013

JKR Bintulu Menang Anugerah Emas Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah Sarawak 2013

Pada 3-4 Julai 2013, berlangsung satu majlis anjuran MPC bagi mempertandingkan kumpulan-kumpulan KIK dan QE/5S bertempat di Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah. JKR Bintulu telah menghantar satu pasukan untuk bertanding bagi kategori KIK dan telah memenangi anugerah utama iaitu anugerah emas. Aturcara majlis adalah seperti berikut:

3 Julai 2013 - Pendaftaran peserta-peserta KIK dan QE/5S. Hari pertama persembahan kumpulan.
4 Julai 2013 - Hari kedua persembahan kumpulan. Giliran Kumpulan Q-Inno ialah pada 8.30 pagi.

Majlis penyampaian anugerah dilakukan pada petang 4 Julai 2013, disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, YB Datuk Bolkiah Hj. Ismail, ahli Lembaga Pengarah MPC, YBhg. Dato' Awang Buhtamam Awang Mahmun serta dif-dif kehormat yang lain. 39 kumpulan bertanding bagi kategori KIK dengan 31 kumpulan mendapat anugerah emas manakala 11 kumpulan bertanding bagi kategori QE/5S dengan kesemuanya mendapat anugerah emas.

Ahli-ahli kumpulan Q-Inno.