Pada 18 Julai 2013, JKR Bintulu telah melakukan lawatan penilaian penarafan bintang kepada 3 buah loji perawatan air bertempat di Lawas di bawah jurisdiksi JKR Limbang iaitu Gelugus, Kuala Lawas dan Merapok. Tiga kakitangan dari JKR Bintulu telah mengambil bahagian dalam lawatan ini iaitu Anwarul Adzizi Adeni, Dermata'siah Sahnor dan Nur Raihannah Mohd. Azfar Abdullah. Kakitangan-kakitangan JKR Limbang yang terdiri daripada 4 orang juruteknik awam dan atendan-atendan loji juga telah menjayakan lawatan ini.
Aturcara lawatan adalah seperti berikut:
17 Julai 2013 - Berangkat dari Bintulu ke Limbang.
18 Julai 2013 - Melawat 3 loji perawatan air - Kuala Lawas, Merapok dan Gelugus.
19 Julai 2013 - Berangkat pulang dari Limbang ke Bintulu.
Gambar kenang-kenangan di Loji Perawatan Air Kuala Lawas.
Loji Perawatan Air Kuala Lawas yang dibuat penilaian.
Loji Perawatan Air Merapok yang menggunakan 'mobile plant'.
Singgah sebentar di Sipitang sewaktu masa rehat tengahari memandangkan Loji Perawatan Air Merapok terletak berdekatan dengan sempadan Sindumin (Sabah) - Merapok.
Loji Perawatan Air Gelugus.
No comments:
Ada sebarang komen?