Pada 29 Oktober 2013 sehingga 2 November 2013 bertempat di Dewan Suarah Bintulu, satu pameran besar-besaran dinamakan Pameran Sarawak Gemilang 50 Tahun Peringkat Bahagian Bintulu telah berlangsung dengan mempamerkan gambar, maklumat, artifak dan bahan-bahan sejarah setempat. Antara yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut ialah dari JKR Bintulu sendiri.
Datuk Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) tekun mendengar taklimat daripada Jurutera Bahagian JKR Bintulu.
Pameran itu bertujuan untuk berkongsi maklumat kepada penduduk setempat tentang detik-detik 50 tahun Sarawak terutama keadaan Bintulu dahulu dan sekarang. Pameran itu bertemakan `Sarawak Harmoni, Kemakmuran Dinikmati’ juga untuk menghargai pengorbanan dan sumbangan pemimpin dan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan dan menerajui negeri ini.
Majlis perasmian telah diadakan pada 26 Oktober jam 2 petang di tingkat bawah Dewan Suarah Bintulu oleh Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kemena Datuk Dr Stephen Rundi Utom. Pameran itu akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat dan 10 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan Ahad.
Konsep pameran pembangunan itu ialah zaman sebelum merdeka dan pengenalan Bintulu, serta menempatkan empat galeri iaitu untuk Galeri 1 akan mempamer Bintulu Suatu Ketika Dahulu (untuk tempoh masa tahun 1963 hingga 1980-an); Galeri 2 mempamerkan Bintulu Bumi Bertuah, Galeri 3A mempamerkan Pembangunan Industri di Bintulu (Kidurong), Galeri 3B – Pembangunan Industri di Bintulu (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak – SCORE di Taman Perindustrian Samalaju) dan Galeri 4 (Interaktif) iaitu ruang interaktif untuk orang awam khususnya remaja dan kanak-kanak.
Bentuk bahan pameran membabitkan gambar dan keterangannya bermula 1963 hingga kini, peta, model, bahan tinggalan dan dokumen, fakta (statistik dan teks), petikan, interaktif multimedia, tayangan video, surat khabar, replika, bahan bersejarah, peralatan lama/antik, barangan tradisional, peralatan membuat belacan, bahan warisan dan model berkaitan pembangunan.
Turut hadir pada sidang media itu Timbalan Residen (Pembangunan) Sirai Daha.
Antara buth pameran pada masa tersebut.
No comments:
Ada sebarang komen?