Friday, February 28, 2014

Majlis Doa Selamat Saudara Baru Anjuran PKIJ Bintulu

Pada 28 Februari 2014 bertempat di kantin Sokanjaya JKR Bintulu, telah diadakan satu majlis doa selamat meraikan saudara baru anjuran PKIJ Bintulu. Majlis secara kecil-kecilan ini dihadiri oleh ahli-ahli PKIJ Bintulu serta dari luar PKIJ Bintulu. 

Antara yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis Gotong Royong JKR Bintulu

Pada 27 Februari 2014, telah diadakan satu majlis gotong-royong besar-besaran di JKR Bintulu bersama hampir semua kakitangan JKR Bintulu. Turut sama turun padang ialah Jurutera Bahagian, Penolong Jurutera Bahagian serta ketua-ketua seksyen. Setiap kakitangan seksyen diberikan kawasan untuk dibersihkan. Aktiviti diserikan lagi oleh sesi senamrobik dan karaoke bebas oleh mana-mana peserta.


Sebelum bergotong-royong kita bergambar dulu!

Monday, February 17, 2014

Kursus "Leadership Excellence Through Empowerment" di Kem Bina Negara Sampadi, Lundu

Pada 14 -16 Februari 2014, telah diadakan satu kursus "Leadership Excellence Through Empowerment" bertempat di Kem Bina Negara Sampadi, Lundu. JKR Bintulu telah menghantar tiga orang wakil ke kursus tersebut, antaranya ialah Penolong Jurutera Bahagian sendiri iaitu En. Indra Sakti bin Haron. Pelbagai pengisian di dalam kursus ini antaranya taklimat tentang integriti, kepimpinan serta pelbagai jenis aktiviti permainan dalam dan luar kuliah. 

PJB membersih dulang beliau selepas makan.

Thursday, February 13, 2014

Lawatan Pengarah Kerja Raya Sarawak ke JKR Bintulu

Pada 12 Februari 2014 bertempat di JKR Bintulu, Pengarah Kerja Raya Sarawak, En. Ir. Hj. Zuraimi bin Sebki telah berbesar hati untuk membuat lawatan ke JKR Bintulu. Antara program lawatan beliau ialah taklimat berkenaan 'divisional plan', serta isu-isu di JKR Bintulu seperti bekalan air Sg. Asap dan Samalaju, dan kesesakan lalu lintas di Jalan Tg. Kidurong. Selain itu, lawatan tapak projek bekalan air Sebauh di Ulu Sebauh, serta makan petang di Mardiah Cafe.

Pengarah Kerja Raya bergambar bersama-sama dengan kakitangan-kakitangan JKR HQ dan JKR Bintulu.

Wednesday, February 12, 2014

Dialog Bersama Penduduk Ulu Sebauh dan Datuk Dr. Stephen Rundi anak Utom

Pada 11 Februari 2014, telah berlangsung satu dialog bersama penduduk Ulu Sebauh dan Datuk Dr. Stephen Rundi anak Utom bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Bintulu. Turut hadir pada waktu itu ialah wakil dari JKR Bintulu iaitu Jurutera Bahagian sendiri, En. Ir. Wisil Lichok dan juga Pengurus Projek Bekalan Air JKR Wilayah Utara Sarawak, En. Ir. Tie Tung Ing. Dialog bertujuan untuk membincangkan tentang status bekalan air dan elektrik di kawasan Ulu Sebauh serta masalah-masalah setempat yang lain.

Dialog dipengerusi oleh Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik), Datuk Dr. Stephen Rundi anak Utom, turut hadir bersama En. Ir. Wisil Lichok (Jurutera Bahagian JKR Bintulu), En. David Kalla (Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebauh), En. Ir. Chang Kuet Shan (Pengurus Wilayah LAKU Bintulu), En. Ir. Tie Tung Ing (Pengurus Projek Bekalan Air JKR Wilayah Utara Sarawak) dan juga ketua-ketua kaum dan masyarakat serta wakil-wakil rumah panjang sekitar Ulu Sebauh.