Thursday, February 13, 2014

Lawatan Pengarah Kerja Raya Sarawak ke JKR Bintulu

Pada 12 Februari 2014 bertempat di JKR Bintulu, Pengarah Kerja Raya Sarawak, En. Ir. Hj. Zuraimi bin Sebki telah berbesar hati untuk membuat lawatan ke JKR Bintulu. Antara program lawatan beliau ialah taklimat berkenaan 'divisional plan', serta isu-isu di JKR Bintulu seperti bekalan air Sg. Asap dan Samalaju, dan kesesakan lalu lintas di Jalan Tg. Kidurong. Selain itu, lawatan tapak projek bekalan air Sebauh di Ulu Sebauh, serta makan petang di Mardiah Cafe.

Pengarah Kerja Raya bergambar bersama-sama dengan kakitangan-kakitangan JKR HQ dan JKR Bintulu.


Pengarah Kerja Raya tekun mendengar taklimat dari Jurutera Bahagian.

Antara kakitangan-kakitangan yang hadir.

Jurutera Bahagian memberi taklimat.

Antara program pada pagi tersebut ialah pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan-kakitangan yang terpilih. Antaranya di dalam gambar di atas ialah atendan Loji Rawatan Sg. Asap, En. Ujang Lingai.

Lawatan ke projek pelebaran Jalan Tanjung Kidurong-Samalaju.

Antara kakitangan JKR Bintulu yang turut hadir lawatan tapak.

Sesi makan petang bersama Pengarah Kerja Raya Sarawak di Mardiah Cafe.

No comments:

Ada sebarang komen?