Pada 4 Mei 2014 bertempat di CityOne Mall, Kuching, satu kempen kesedaran kanser iaitu Go Bald telah diadakan. Kempen Go Bald ialah kempen kesedaran dan juga majlis amal untuk Sarawak Children's Cancer Society (SCCS). Kempen tersebut melibatkan aktiviti mencukur rambut kepala bertujuan bagi memberi mesej kepada kanak-kanak bahawa kehilangan rambut adalah hanya kesan sementara ke arah penyembuhan dari sakit kanser. Misi kempen ini ialah untuk meningkatkan kesedaran dan menunjukkan sokongan terhadap kanak-kanak yang mengidap kanser selain memungut derma bagi SCCS.
JKR Sarawak telah berbesar hati untuk terlibat dalam kempen ini dengan penglibatan Pengarah Kerja Raya Sarawak sendiri iaitu Ir. Hj. Zuraimi bin Sebki serta Timbalan beliau, Ir. Danien anak Ranggu. Selain itu, JKR Bintulu turut menghantar wakil iaitu Penolong Jurutera Bahagian sendiri iaitu En. Indra Sakti bin Haron. JKR Sarawak telah menderma sebanyak RM20,000 untuk kempen ini di mana RM500 daripadanya datang daripada JKR Bintulu.
Pen. Jurutera Bahagian JKR Bintulu, En. Indra Sakti bin Haron (tiga dari kiri), bergambar memegang mock cheque JKR Sarawak bersama kakitangan-kakitangan JKR Sarawak yang lain.
Kakitangan-kakitangan JKR Sarawak yang hadir.
PJB Indra dicukur kepalanya oleh petugas kempen.
Backdrop Kempen Go Bald.
Pegawai-pegawai JKR Sarawak yang telah menjalani sesi membotakkan kepala.
PJB Indra gembira setelah dibotakkan kepala.
No comments:
Ada sebarang komen?