Friday, November 14, 2014

"Technical Review Session" untuk Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Pada 13 November 2014, telah berlangsung satu sesi reviu teknikal untuk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bertempat di Bilik Muhibbah, Ibupejabat JKR Sarawak. Sesi tersebut adalah bertujuan untuk mengevaluasi inovasi-inovasi yang telah dibuat oleh kumpulan-kumpulan KIK yang telah mewakili jabatan dalam pelbagai konvensyen di mana evaluasi telah dilakukan oleh barisan panel teknikal JKR dari pelbagai cawangan teknikal seperti Bekalan Air, Elektrikal, Jalan Raya dan sebagainya. Kumpulan Q-Inno dari JKR Bintulu telah dijemput untuk membuat pembentangan bagi dua projek iaitu projek C-Flex H2O Intake dan T-Flec.

Kumpulan White Swan dari JKR Sibu membentangkan inovasi mereka.



Kumpulan Benak 10 dari JKR Sri Aman membuat demonstrasi inovasi mereka.

Kumpulan Q-Inno dari JKR Bintulu membuat demonstrasi inovasi T-Flec.

Panel teknikal membuat reviu inovasi.

Antara panel reviu teknikal yang hadir.

No comments:

Ada sebarang komen?