Monday, October 29, 2012

Minggu Persediaan Kumpulan Q-Inno JKR Bintulu untuk KIK Peringkat Kebangsaan 2012

Pada 29 Oktober 2012 yang lepas, pihak Jabatan Ketua Menteri telah mengadakan satu mesyuarat persediaan untuk kumpulan-kumpulan KIK yang akan mewakili Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu kumpulan SKIP dari Jabatan Perbendaharaan dan kumpulan Q-Inno dari JKR Bintulu. Dalam mesyuarat tersebut, para peserta kumpulan telah diberi taklimat tentang persediaan dan acara-acara yang akan berlangsung pada Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan ke-29 yang akan diadakan di Langkawi pada 4 - 7 November 2012.

Kumpulan Q-Inno telah berkampung di Kuching dengan pelbagai venu persediaan persembahan iaitu seperti di CML, Avira Residency dan Wisma Pelita selama seminggu. Antara persediaan yang harus dibuat iaitu persembahan kumpulan dan booth pameran, serta dokumentasi untuk viva.

Para peserta diberikan taklimat.

Wednesday, October 24, 2012

Lawatan Pemeriksaan Data Oleh Panel Juri KIK Peringkat Kebangsaan 2012

Pada 24 dan 25 Oktober 2012, serombongan panel juri KIK peringkat Kebangsaan telah melawat tapak projek KIK kumpulan Q-Inno iaitu terdiri daripada dua orang pegawai dari Kampus INTENGAH - En. Saiful Yazan bin Alwi, Pengarah Wilayah INTENGAH, dan Pn. Zaliha binti Sulaiman, Penolong Pendaftar Wilayah INTENGAH. Lawata ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan data dan projek di tapak. Ianya terdiri daripada dua segmen, iaitu pemeriksaan data (dilakukan di pejabat JKR Bintulu) dan lawatan tapak (di Loji Perawatan Air Tubau).

Perasmian diserikan oleh kehadiran wakil Pengarah Kerja Raya Sarawak, iaitu Timbalan Pengarah (Pengurusan Korporat), En. Ir. Danien Ranggu.

Wednesday, October 10, 2012

Pemeriksaan Berkala Loji Perawatan Air Labang dan Pandan

Pada 10 Oktober 2012, kakitangan dari Seksyen Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR Sarawak telah mengadakan pemeriksaan berkala bagi Loji Perawatan Air Labang dan Pandan. Pemeriksaan berkala ini bertujuan untuk memastikan Loji Perawatan Air Labang dan Pandan beroperasi dalam keadaan yang baik serta membuat penilaian taraf bintang bagi loji-loji tersebut. Kakitangan yang membuat pemeriksaan tersebut ialah Encik John Loong dan Puan Syazwani Jamil.

Menaiki perahu ke Loji Perawatan Air Labang.