Pada 29 Oktober 2012 yang lepas, pihak Jabatan Ketua Menteri telah mengadakan satu mesyuarat persediaan untuk kumpulan-kumpulan KIK yang akan mewakili Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu kumpulan SKIP dari Jabatan Perbendaharaan dan kumpulan Q-Inno dari JKR Bintulu. Dalam mesyuarat tersebut, para peserta kumpulan telah diberi taklimat tentang persediaan dan acara-acara yang akan berlangsung pada Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan ke-29 yang akan diadakan di Langkawi pada 4 - 7 November 2012.
Kumpulan Q-Inno telah berkampung di Kuching dengan pelbagai venu persediaan persembahan iaitu seperti di CML, Avira Residency dan Wisma Pelita selama seminggu. Antara persediaan yang harus dibuat iaitu persembahan kumpulan dan booth pameran, serta dokumentasi untuk viva.
Para peserta diberikan taklimat.
En. Dolhadi selaku Penyelaras KIK Sarawak dibantu oleh En. Zulkarnain dan En. Razali.
Kumpulan SKIP khusyuk mendengar taklimat.
No comments:
Ada sebarang komen?