Pada 24 dan 25 Oktober 2012, serombongan panel juri KIK peringkat Kebangsaan telah melawat tapak projek KIK kumpulan Q-Inno iaitu terdiri daripada dua orang pegawai dari Kampus INTENGAH - En. Saiful Yazan bin Alwi, Pengarah Wilayah INTENGAH, dan Pn. Zaliha binti Sulaiman, Penolong Pendaftar Wilayah INTENGAH. Lawata ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan data dan projek di tapak. Ianya terdiri daripada dua segmen, iaitu pemeriksaan data (dilakukan di pejabat JKR Bintulu) dan lawatan tapak (di Loji Perawatan Air Tubau).
Perasmian diserikan oleh kehadiran wakil Pengarah Kerja Raya Sarawak, iaitu Timbalan Pengarah (Pengurusan Korporat), En. Ir. Danien Ranggu.
Pemeriksaan projek di Loji Perawatan Air Tubau.
Perjalanan selama 2 jam menggunakan bot laju tidak mematah semangat juri untuk membuat pemeriksaan tapak.
Panel juri sedang mengaudit data-data projek.
Ahli-ahli kumpulan Q-Inno bertungkus-lumus menyediakan semua data untuk diperiksa.
No comments:
Ada sebarang komen?