Pada 25 Julai 2014, bertempat di Hospital Timberland, Pengarah Kerja Raya Sarawak, Tn. Hj. Ir. Zuraimi bin Hj. Sebki telah berbesar hati untuk melawat Puan Rozaidah Hipenie yang telah selamat menjalani pembedahan membuang tumor. Selain Pengarah, Timbalan Pengarah Kerja Raya (Aset), Tn. Ir. Danien anak Ranggu juga telah datang melawat. Pada masa ini Puan Rozaidah Hipenie, iaitu Penolong Pegawai Tadbir di JKR Bintulu, masih lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di hospital tersebut. Mohon agar para pembaca turut menyedekahkan doa supaya beliau cepat sembuh.
Pengarah bersama Timbalan Pengarah (Aset) mengunjungi Puan Rozaidah di wad Unit Rawatan Rapi.