Pada 7 dan 8 Julai 2014 yang lalu, telah berlangsung satu majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Ketua Menteri iaitu Majlis Penyediaan Rancangan Malaysia ke-11 2016-2020 Bersama Residen dan Daerah bagi kawasan Utara Sarawak meliputi bahagian Bintulu, Miri dan Limbang. Setiap bahagian diwakili oleh Residen dan pegawai-pegawai daerah masing-masing. Turut sama hadir ialah ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta beberapa pegawai lain. JKR Bintulu turut sama dijemput untuk menghadiri majlis ini dengan diketuai oleh Jurutera Bahagian sendiri iaitu En. Ir. Wisil anak Lichok. Antara intipati majlis berupa bengkel ini ialah membincangkan persediaan senarai projek-projek RMK11 yang akan dilaksanakan bagi tempoh 2016-2020 di bahagian masing-masing meliputi semua aspek pembangunan.
Majlis turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat seperti wakil rakyat.
Para peserta yang hadir di majlis tersebut.
Residen Bintulu, Tn. Yusup bin Kari mengetuai bengkel bahagian Bintulu.
Para peserta dibahagikan mengikut jenis projek pembangunan.
Hari kedua bengkel berlangsung.
Dari kanan, bersama Residen Bintulu ialah Timbalan Residen Bintulu (Pembangunan), Tn. Richard Abunawas.
No comments:
Ada sebarang komen?