Pada tengah hari 8 Julai 2014, telah berlaku tumpahan minyak oleh lori membawa minyak sawit di bulatan Jalan TKSB. Kesesakan lalu lintas telah berlaku di tempat tersebut. Oleh itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.
Kemaskini: Pada malam 8 Julai 2014, pihak JKR Bintulu melalui syarikat konsesi penyelenggaraan CMS Roads telah menabur pasir di sepanjang kawasan jalan yang terlibat. Jalan raya sudah selamat dilalui oleh semua kenderaan, namun begitu, pengguna jalan raya diminta sekali lagi berhati-hati dan mengurangkan kelajuan ketika melalui bulatan tersebut.
Laluan yang sudah ditaburi pasir.
Kawasan yang terlibat.
Pasir ditabur di kawasan bulatan.
Pasir yang ditaburi di kawasan bulatan.
Kawasan bulatan yang terlibat.
No comments:
Ada sebarang komen?