Pada 15 hingga 18 Jun 2014, telah berlangsung satu bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sarawak bertajuk "Divisional Transformation Workshop" dengan tema "Transforming the Service Delivery at the Divisional Level - The Way Forward". Bengkel selama 4 hari bertempat di Four Points by Sheraton Kuching ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Hj. Mohd. Morshidi bin Abdul Ghani. Bengkel ini dihadiri oleh setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kementerian, residen-residen, pegawai-pegawai daerah serta pegawai-pegawai kanan jabatan. Turut menghadiri bengkel ialah Pengarah Kerja Raya Sarawak, Tn. Hj. Ir. Zuraimi bin Hj. Sebki, Timbalan Pengarah Kerja Raya Sarawak (Infrastruktur), Tn. Ir. Philip Ng, Jurutera Bahagian JKR Bintulu, En. Ir. Wisil anak Lichok, Jurutera Bahagian JKR Betong, En. Ir. Meehan Jorai, Jurutera Bahagian JKR Kuching, En. Ir. Awg. Fadillah serta jurutera-jurutera dari Ibu Pejabat JKR HQ dan JKR Bintulu. Berikut ialah rangkuman peristiwa sepanjang bengkel tersebut berlangsung.
Hari Pertama (15 Jun 2014)
Para peserta bengkel mendaftar masuk di hotel pada pukul 2.00 petang. Sebelah malamnya, peserta dijemput ke majlis makan malam perasmian bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Antara aktiviti pada malam tersebut ialah ucaptama daripada Setiausa Kerajaan Negeri Sarawak, serta persembahan nyanyian dan karaoke daripada Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Tn. Dr. Razali bin Abon.
Residen Bintulu, En. Yusup bin Kari tekun mendengar ucapan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.