Wednesday, June 18, 2014

Perhimpunan Tahunan JKR Sarawak di JKR Kuching

Pada 17 Jun 2014 bertempat di perkarangan pejabat JKR Kuching telah diadakan satu perhimpunan tahunan bersama kakitangan-kakitangan JKR Sarawak, yang turut dihadiri oleh Pengarah Kerja Raya Sarawak, Tn. Ir. Hj. Zuraimi bin Hj. Sebki. Wakil dari JKR Bintulu yang hadir pada upacara tersebut ialah Penolong Jurutera Elektrik, En. Mohd. Rahmat bin Jamali yang juga merupakan wakil AKRAB. Dalam majlis tersebut, Pengarah Kerja Raya telah mengumumkan bahawa kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) dari JKR Bintulu iaitu Kumpulan Q-Inno telah diluluskan untuk mewakili Malaysia di Konvensyen ICQ di Tokyo, Jepun. Selain itu, penubuhan AKRAB juga telah diumumkan, iaitu bertujuan untuk melaksanakan kaunseling di peringkat bahagian.

Suasana sebelum perhimpunan bermula.




Antara kakitangan JKR yang hadir di perhimpunan.

Kakitangan-kakitangan JKR yang tak sabar untuk memulakan majlis.

Pentas ketika majlis berlangsung.

Ucapan daripada Pengarah Kerja Raya Sarawak.

Jejak kasih bersama bekas Juruukur Bahan JKR Bintulu, En. Affindi bin Jahari.

No comments:

Ada sebarang komen?