Thursday, June 19, 2014

Divisional Transformation Workshop di Four Points by Sheraton, Kuching

Pada 15 hingga 18 Jun 2014, telah berlangsung satu bengkel yang dianjurkan oleh  Jabatan Ketua Menteri Sarawak bertajuk "Divisional Transformation Workshop" dengan tema "Transforming the Service Delivery at the Divisional Level - The Way Forward". Bengkel selama 4 hari bertempat di Four Points by Sheraton Kuching ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Hj. Mohd. Morshidi bin Abdul Ghani. Bengkel ini dihadiri oleh setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kementerian, residen-residen, pegawai-pegawai daerah serta pegawai-pegawai kanan jabatan. Turut menghadiri bengkel ialah Pengarah Kerja Raya Sarawak, Tn. Hj. Ir. Zuraimi bin Hj. Sebki, Timbalan Pengarah Kerja Raya Sarawak (Infrastruktur), Tn. Ir. Philip Ng, Jurutera Bahagian JKR Bintulu, En. Ir. Wisil anak Lichok, Jurutera Bahagian JKR Betong, En. Ir. Meehan Jorai, Jurutera Bahagian JKR Kuching, En. Ir. Awg. Fadillah serta jurutera-jurutera dari Ibu Pejabat JKR HQ dan JKR Bintulu. Berikut ialah rangkuman peristiwa sepanjang bengkel tersebut berlangsung.

Hari Pertama (15 Jun 2014)
Para peserta bengkel mendaftar masuk di hotel pada pukul 2.00 petang. Sebelah malamnya, peserta dijemput ke majlis makan malam perasmian bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Antara aktiviti pada malam tersebut ialah ucaptama daripada Setiausa Kerajaan Negeri Sarawak, serta persembahan nyanyian dan karaoke daripada Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Tn. Dr. Razali bin Abon.

Residen Bintulu, En. Yusup bin Kari tekun mendengar ucapan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.


Timbalan Pengarah Kerja Raya Sarawak, Tn. Ir. Philip Ng beserta Jurutera Bahagian JKR Bintulu, En. Ir. Wisil anak Lichok turut hadir.

Ucapan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

Persembahan karaoke oleh Tn. Dr. Razali bin Abon.

Hari Kedua (16 Jun 2014)
Pada hari kedua bengkel, sebelah paginya telah diadakan sesi bergambar bersama peserta bengkel, serta pembentangan kertas-kertas kerja dalam sesi perkongsian. Ianya adalah seperti berikut:

  1. Ybhg. Datu Romie Sigan, Residen Betong - Case Study on Effective Implementation of Development Project;
  2. En. Maria Hasman, Residen Limbang - Case Study on Effective Implementation of Social Programme in Division;
  3. Ybhg. Datu Dr. Penguang Manggil, Setiausaha Tetap LGCD - Transformation of Local Authorities;
  4. En. Azmi Bujang, PTK kepada Ketua Menteri Sarawak - Enhancement in Governance and Improved Efficiency in Service Delivery Through Merger of the District Office and the District Council - The Case for Lundu District;
  5. En. William Patrick Nyagor, Pengarah ICTU - Integrated Services for Service Delivery (iMSC) and eRDO Proposal; dan
  6. Ybhg. Datuk Kamal bin Husin, Pegawai Kemajuan Negeri Sarawak - Peranan Pejabat Daerah dan Tanah di Semenanjung Malaysia.

Sesi bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

Selesai sesi pergambaran, sesi perkongsian dimulakan.

Pembentangan oleh En. Azmi Bujang.

Pada sebelah petangnya pula, bengkel dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan diketuai oleh seorang ketua kumpulan dengan tajuk yang telah ditetapkan untuk dibincang dan dibentangkan.

Hari Ketiga (17 Jun 2014)
Pada hari berikutnya, bengkel diteruskan dengan perbincangan kumpulan dari sebelah pagi sehingga ke malam. Pada masa ini setiap kumpulan sibuk memperkemaskan pembentangan dan persembahan masing-masing. 

Jurutera Bahagian, En. Ir. Meehan Jorai telah dilantik untuk membentangkan kertas kerja.

Kumpulan yang diketuai Pengarah Kerja Raya Sarawak, Tn. Ir. Hj. Zuraimi bin Hj. Sebki.

Hari Keempat (18 Jun 2014)
Pada hari terakhir, di sebelah paginya, sesi pembentangan kertas kerja bagi tajuk-tajuk yang telah ditetapkan telah berlangsung. Bagi kumpulan yang melibatkan JKR iaitu kumpulan A1, tajuk kertas kerja ialah "Effective Project Implementation in Division". Jurutera Bahagian, En. Ir. Meehan Jorai telah membentangkan kertas kerja tersebut. Bengkel melabuhkan tirai secara rasminya pada sebelah tengaharinya oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

Pembentangan oleh Kumpulan A1.

Pembentangan dibuat di hadapan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

Ucapan penutup disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.




No comments:

Ada sebarang komen?