Sunday, June 29, 2014

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Zon 2014

Pada 28 Jun 2014, satu majlis gilang-gemilang telah diadakan di Kompleks DUN Lama iaitu Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Zon 2014. Majlis tersebut dihadiri oleh ramai ketua jabatan negeri dan persekutuan serta badan berkanun, dan dirasmikan oleh Setiausaha Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Kerja Raya Sarawak, En. Ir. Hj. Zuraimi bin Hj. Sebki. Kumpulan Q-Inno dari JKR Bintulu telah dijemput untuk ke majlis ini dan memasang pameran, serta diumumkan oleh Setiausaha Negeri sendiri tentang penyeragaman projek Q-Inno dan kejayaan Q-Inno untuk mewakili Malaysia di Konvensyen ICQ di Tokyo, Jepun.

Suasana sebelum majlis bermula.



Ketibaan Setiausaha Kerajaan Negeri

Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Setiausaha Negeri.

Pameran paling kreatif dimenangi oleh Lembaga Air Kuching, yang juga merangkul anugerah Johan Kategori Teknikal.

No comments:

Ada sebarang komen?