Pada 4 - 7 November 2012, bertempat di Awana Porto Malai, Pulau Langkawi, JKR Bintulu telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan ke-29 bagi tahun 2012. Sebanyak 24 pasukan dari 12 negeri dan wilayah persekutuan telah menyertai konvensyen ini. Tema KIK bagi tahun ini ialah KIK - Pemikiran Inovatif, Perlaksanaan Kreatif, Perkhidmatan Awam Produktif. JKR Bintulu telah menghantar Kumpulan Q-Inno bagi konvensyen kali ini di bawah naungan kerajaan negeri Sarawak. Konvensyen yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Ybhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa ini mengambil tempat di Grand Ballroom hotel tersebut, dengan satu dewan digunakan untuk persembahan, satu dewan untuk sesi viva dan satu lagi dewan untuk pameran.
Pada tahun ini, JKR Bintulu telah mengulangi kejayaan negeri Sarawak pada tahun lepas apabila dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Teknikal (Negeri) dengan mengumpul markah sebanyak 74.0 dan menerima pengiktirafan empat bintang. Gelaran juara ini diberi nama Anugerah Ketua Setiausaha Negara.
Kumpulan Q-Inno bergambar bersama 'mock cheque' bernilai RM10,000.00.
Dari kiri: Anwarul Adzizi, Joseph Jenang, Nor Errisza Jaimin, Kharmiza Azahani, Wisil Lichok (Jurutera Bahagian - selaku Penasihat Kumpulan Q-Inno), Saiful Yazan bin Alwi (Pengarah Wilayah Kampus INTENGAH), Dolhadi Hj. Mazuki (Penyelaras KIK Kontinjen Sarawak), Haliza Abdul Khalek (Ketua Kumpulan), Nur Azman Wan Seh, Mohammad Rahmat Jamali (Fasilitator), Mohd. Qarib dan Abg. Ismail.