Pada 10 Januari yang lalu bertempat di Mandarin Restaurant, telah diadakan satu majlis makan malam sambutan Pra-Tahun Baru Cina anjuran Pejabat Ahli Parlimen Bintulu P217, Dato' Sri Tiong King Sing. Majlis tersebut dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya wakil-wakil kerajaan, swasta, ketua-ketua masyarakat serta rakyat jelata. Antara aktiviti pada malam tersebut ialah persembahan tarian, nyanyian, serta tidak ketinggalan persembahan eksklusif dari MP Bintulu sendiri dan juga cabutan bertuah.
Persembahan tarian oleh penari-penari tempatan.
MP Bintulu, Dato' Sri Tiong King Sing beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
No comments:
Ada sebarang komen?