Pada 22 Januari 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Jepak, Pejabat Residen Bintulu, telah diadakan satu mesyuarat tergempar banjir gelombang kedua Bintulu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Residen Bintulu sendiri iaitu En. Mohd. Yakup bin Kari. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Polis Daerah Bintulu, Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Pegawai Daerah Bintulu dan juga wakil dari JKR Bintulu iaitu En. Ir. Wisil Lichok. Mesyuarat tersebut diadakan untuk merangka tindakan susulan semasa berlaku tragedi banjir gelombang kedua di Bintulu serta membincangkan laporan-laporan daripada IPD Bintulu dan Pejabat Bomba.
Antara mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut.
Pengerusi mesyuarat iaitu Residen Bintulu.
Laporan daripada Jabatan Metereologi tentang keadaan taburan hujan.
No comments:
Ada sebarang komen?