Thursday, January 23, 2014

(Notis) Limpahan Air Di Parit Dekat Simpang SM Kai Dee, Jalan Bintulu-Sibu (menghala ke Bintulu)

Kami memohon maaf kerana sepanjang tempoh musim landas ini, air sering melimpah dari tepi parit dekat simpang SM Kai Dee, Jalan Bintulu-Sibu (menghala ke Bintulu). Ini kerana kolam takungan air bersebelahan sekolah tersebut telah memenuhi kapasiti maksimumnya menyebabkan air dari takungan tersebut melimpah ke bahagian jalan menuju ke parit terdekat. Pada 23 Januari 2014, pukul 5 petang, kami telah berjaya menyiapkan pembinaan pembetung di jalan akses SM Kai Dee bagi mengalirkan air dari takungan tersebut supaya tidak melimpah ke jalan. Berikut ialah gambar-gambar pembinaan tersebut:

Kerja-kerja menggali laluan pembetung.




Pembetung dipasang merentasi jalan masuk SM Kai Dee.

Air yang melimpah berjaya dialihkan ke parit bersebelahan. Kini pengguna Jalan Bintulu-Sibu dan jalan masuk SM Kai Dee boleh menarik nafas lega.


No comments:

Ada sebarang komen?