Pada 22 Januari 2014, kami telah menerima khabar angin bahawa jambatan Sg. Sebatang telah putus akibat banjir dari sungai di bawahnya. Kami ingin memaklumkan bahawa ianya tidak benar. Pemeriksaan kami pada pukul 3.28 petang semalam mendapati jambatan tersebut boleh dilalui oleh semua kenderaan. Aras sungai memang agak tinggi, tetapi ianya masih lagi di bawah aras 'deck' jambatan tersebut. Oleh itu, orang awam dinasihati supaya berhati-hati menyebarkan khabar tanpa merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.
Keadaan aras sungai di Sg. Sebatang, Jalan Bintulu-Tg. Kidurong pada pukul 3.28 petang, 23 Januari 2014.
Kami telahpun melakukan pemeriksaan sekali lagi pada pukul 4 petang tadi, mendapati aras sungai sudahpun turun ke paras normal.
No comments:
Ada sebarang komen?