Wednesday, January 1, 2014

(Notis)(Kemaskini) Jalan Sebiew Dinaiki Air

Jalan Sebiew, yang merupakan jalan 'bypass' Bintulu telah dinaiki air pada 31 Disember 2013 yang lalu dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Kerja-kerja membina pembetung di jalan tersebut sedang dijalankan bagi mengatasi masalah tersebut. Kami memohon maaf atas segala kesulitan.

Kawasan jalan yang dinaiki air.



Hanya kenderaan berat sahaja dapat melalui jalan ini.

KEMASKINI:
Tinjauan kami pada 7 Januari 2014 mendapati jalan sudahpun boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Walau bagaimanapun, keadaan cuaca hujan yang berlaku hampir setiap hari menyebabkan keadaan jalan kurang memuaskan. Oleh itu, pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika melalui jalan ini.

Jalan boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Cuaca hujan menyebabkan keadaan jalan kurang memuaskan.

No comments:

Ada sebarang komen?