Tuesday, April 22, 2014

Kursus Foundation Engineering di Ibu Pejabat JKR Sarawak

Pada 21 April 2014, bertempat di Auditorium Ibu Pejabat JKR Sarawak, telah berlangsung satu kursus bertajuk "Foundation Engineering" yang berlangsung selama dua hari. Kursus ini terbahagi kepada dua hari dan 6 sesi, iaitu 3 sesi hari pertama dengan penceramah Ir. Sam Pong Pichan, Penolong Pengarah Kanan J48 dari Seksyen Jalan dan Geoteknik, JKR Malaysia. Manakala 3 sesi hari kedua dengan penceramah Ir. Abdul Hadi Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah J52 dari JKR Malaysia. Kursus ini memberi pemahaman terhadap rekabentuk asas cetek, asas cerucuk serta aspek pemantauan dan kerja dalam membina asas (foundation). Kursus ini turut dihadiri oleh Penolong Jurutera Bahagian JKR Bintulu, En. Indra Sakti Haron.

Pensyarah-pensyarah dari Politeknik Kuching turut menghadiri kursus ini.



Antara yang hadir di kursus tersebut.

Antara yang hadir di kursus tersebut.

No comments:

Ada sebarang komen?