Friday, April 18, 2014

Lawatan Pengarah SIMU ke Projek RBF Sg. Asap

Pada 17 April 2014, Pengarah Unit Pemantauan Perlaksanaan Negeri (SIMU) Jabatan Ketua Menteri Sarawak iaitu Encik Bakrie bin Zaini telah berbesar hati untuk membuat lawatan ke projek River Bank Filtration (RBF) di Sg. Asap yang dikawalselia oleh Pejabat JKR Wilayah Utara. Antara mereka yang hadir selain beliau ialah wakil daripada JKR Bintulu, JKR Wilayah Utara dan perunding projek. 

Lawatan di tapak projek oleh Pengarah SIMU dan rombongan beliau.




Pengarah SIMU, Encik Bakrie bin Zaini mempengerusikan taklimat.

Turut hadir, Juruteknik LRA Sg. Asap, Encik Moses Tandang dan ketua atenden LRA Sg. Asap, Encik Ujang Lingai.

Pengarah SIMU ditunjukkan dengan komponen-komponen projek.

No comments:

Ada sebarang komen?