Friday, April 25, 2014

Lawatan Kerja Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Fadillah Yusof ke Bintulu

Pada 24-25 April 2014, YB Datuk Fadillah Yusof telah berbesar hati untuk mengadakan lawatan rasmi ke Bintulu. Antara program dalam rangka lawatan beliau ialah sesi dialog di SMK Baru, pembesaran Jalan TKSB antara Tg. Kidurong dan Samalaju serta program-program lain.

Sambutan di Lapangan Terbang Bintulu
YB Datuk Fadillah Yusof telah tiba ke Lapangan Terbang Bintulu pada 24 April 2014. Beliau dengan rombongan dari Kementerian Kerja Raya Malaysia, JKR Malaysia dan beberapa kakitangan lain, disambut oleh Pengarah Kerja Raya Sarawak, Ir. Hj. Zuraimi bin Sebki dan Pengetua SMK Baru, Puan Rahani @ Rohani Hj. Daud. Sebaik ketibaan beliau di Lapangan Terbang Bintulu, satu sesi perbincangan ringkas tentang SMK Baru telah diadakan di bilik sambutan VVIP.

Sambutan rombongan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof ke bilik sambutan VVIP Lapangan Terbang Bintulu.



Sesi perbincangan ringkas tentang SMK Baru Bintulu.

Antara rombongan yang turut hadir.

Majlis Makan Malam Sambutan Menteri Kerja Raya
Pada sebelah malamnya pula bertempat di Hotel Parkcity Everly, satu majlis makan malam sambutan Menteri Kerja Raya telah diadakan. Acara-acara pada malam tersebut lebih santai di mana para hadirin bebas untuk naik ke pentas mempersembahkan lagu. Turut mempersembahkan lagu ialah YB Datuk Fadillah Yusof sendiri dengan lagunya "Bukan Kerna Nama" yang dipopularkan oleh Ramli Sarip.

Acara memotong kek oleh YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya.

Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Kerja Raya Sarawak, YBhg. Ir. Hj. Zuraimi bin Sebki.

Ucapan alu-aluan oleh YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya.

Penolong Jurutera Bahagian JKR Bintulu turut mendendangkan lagu.

Pengarah Kerja Raya Sarawak, Ir. Hj. Zuraimi turut membawa lagu daripada Rano Karno.

Persembahan nyanyian khas oleh YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya.

Lawatan Tapak ke Jalan TKSB - Kidurong ke Samalaju
Pada keesokan paginya, YB Datuk Fadillah Yusof telah meluangkan masa untuk membuat lawatan tapak ke Jalan TKSB - Kidurong ke Samalaju. Antara intipati lawatan tersebut ialah pengumuman peruntukan RM144 juta untuk menaiktaraf jalan tersebut. Projek tersebut telah pun berjalan dan dilaksanakan oleh Pejabat Wilayah Utara JKR Sarawak.

Sesi soaljawab bersama wartawan.

Penerangan tentang projek oleh Pengarah Kerja Raya Sarawak.

Taklimat tentang projek.

Lawatan ke tapak yang sudah separa siap.

Lawatan ke SMK Baru, Bintulu
Pada hari yang sama, YB Datuk Fadillah Yusof telah meluangkan masa untuk ke SMK Baru Bintulu untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah iaitu aduan tentang keretakan dan kerosakan struktur oleh Pengetua sekolah. Satu sesi dialog ringkas dan lawatan tapak telah diadakan di sekolah tersebut. Pemeriksaan lanjut akan diadakan oleh pakar cerun dari JKR Malaysia dan JKR Sarawak.

Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah kepada JKR.

Sesi dialog bersama dengan pihak sekolah.

Acara Akhir Kerja Menteri Kerja Raya
Pada sebelah petangnya, satu majlis ringkas bersama Menteri Kerja Raya telah diadakan di Parkcity Everly Hotel. Majlis ini adalah acara terakhir menteri bersama rombongan dan sambutan.

Backdrop acara sambutan.

Taklimat yang diadakan di Hotel Parkcity Everly Bintulu.

Setelah selesai majlis pada hari tersebut, YB Datuk Fadillah Yusof telah berangkat pulang pada sebelah akhir petang meninggalkan Bintulu. Pihak JKR Bintulu ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada beliau dan rombongan, serta Pengarah Kerja Raya yang sudi meluangkan masa dengan membuat lawatan kerja di Bintulu. Semoga lawatan ini akan diadakan lebih kerap lagi di masa akan datang.

No comments:

Ada sebarang komen?