Ini adalah entri sambungan dari Sarawak Water Supply Retreat - Bahagian 1. Sekiranya anda belum membaca entri tersebut, sila klik pautan berikut: Bahagian 1.
Hari Ketiga (15 April 2014)
Pada hari ketiga, program diteruskan lagi dengan aktiviti yang lebih padat. Di sebelah awal pagi diadakan program senaman aerobik. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi diadakan ceramah dengan menyentuh pelbagai topik antaranya tentang sistem bekalan alternatif dari penceramah Ir. Sudin Jaya dari JKR Sarawak, serta pelbagai ceramah lain.
Ceramah bekalan air sistem alternatif oleh Ir. Sudin Jaya dari JKR Sarawak.
Antara peserta program yang khusyuk mendengar ceramah.
Pengurus Besar Lembaga Air Kuching (KWB) memberi ceramah tentang pengalaman KWB dalam pengurusan permintaan air.
Pada jam 11 pagi, satu upacara perasmian oleh Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Amar Hj. Awang Tengah Ali Hassan telah diadakan. Antara acara yang berlangsung ialah ucapan daripada menteri, pengurus wilayah LAKU Bintulu dan juga gimik pelancaran majlis. Turut menyempurnakan majlis ialah kedua-dua menteri muda beliau iaitu Datuk Sylvester Entri Muran dan Datuk Dr. Stephen Rundi anak Utom, serta Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam Sarawak, Tn. Hj. Ubaidillah.
Ucapan oleh Pengurus Wilayah LAKU Bintulu, Ir. Chang Kuet Shan.
Datuk Amar Awang Tengah melancarkan gimik perasmian.
Gimik perasmian berupa banner yang ditebarkan di dalam bekas berisi air.
Pada sebelah petangnya, beberapa siri ceramah diadakan iaitu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan beberapa ceramah yang lainnya termasuk kesimpulan keputusan ujian kesihatan daripada wakil Poliklinik Bintulu. Selepas itu, diadakan acara berbasikal merentas desa iaitu dari perkarangan Hotel Parkcity Everly sehingga ke Pantai Temasya Bintulu.
Antara mereka yang menyertai acara berbasikal merentas desa.
Salah seorang peserta berbasikal ialah Puan Jibby iaitu ahli sains JKR Sarawak.
Pada sebelah malamnya pula, beberapa siri pembentangan telah diadakan oleh Jawatankuasa Khas Perunding Bekalan Air Sarawak yang meliputi beberapa aspek dalam bekalan air seperti kualiti air, NRW dan sebagainya. Kemudian, peserta-peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan di mana setiap kumpulan diberikan topik berkenaan industri bekalan air untuk dibincangkan.
Hari Keempat (16 April 2014)
Pada hari terakhir, setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka tentang topik-topik yang telah diberikan. Setiap topik ini dibentangkan oleh ahli kumpulan dan dibahaskan oleh Setiausaha Tetap.
Pembentangan dari Kumpulan 5 iaitu oleh Christina dari Lembaga Air Kuching (KWB) dan Anwarul Adzizi dari JKR Bintulu.
Salah satu kumpulan pembentang.
Kumpulan 5 - diketuai oleh Puan Alice Jawan dari Lembaga Air Sibu (SWB).
Setelah sempurna majlis, satu ucapan penggulungan dibuat oleh Setiausaha Tetap, Tuan Hj. Ubaidillah. Beliau amat berpuas hati dengan pembentangan yang telah dibuat dan juga penganjuran oleh LAKU Bintulu. Program retreat ini akan diadakan lagi pada tahun 2015 di Lawas. Berjumpa lagi di sana!
No comments:
Ada sebarang komen?