Dari 13-16 April 2014 bertempat di Parkcity Everly Hotel, pihak LAKU Bintulu telah menganjurkan satu program dwitahunan antara agensi-agensi bekalan air seperti Kementerian Kemudahan Awam Sarawak (KKAS), JKR, Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB), LAKU (Laku Management Sdn. Bhd.) serta beberapa agensi lain seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Mineral dan Geosains dan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Tema program pada kali ini ialah "Optimizing Demand Management in Water Supplies".
Hari Pertama (13 April 2014)
Program pada hari pertama iaitu pada 13 April 2014 ialah pendaftaran peserta-peserta ke program mencari ketenangan. Setiap peserta diberikan sebatang pendrive, sebuah beg galas, kertas program dan aktiviti, dua baju T berwarna hijau dan ungu serta seluar sukan. Semasa pendaftaran, peserta di luar Bintulu akan diberikan tempahan bilik di Hotel Parkcity Everly. Selepas pendaftaran, setiap peserta akan melalui pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, paras gula dan sebagainya.
Antara pemberian sempena program.
Pemberian lain seperti beg galas.
Slip pemeriksaan kesihatan yang diberikan kepada peserta.
Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan networking dinner bagi mengeratkan lagi silaturahim antara peserta-peserta program. Banyak program disediakan seperti makan-makan, ucapan, nyanyian dan juga pertandingan bolasepak mini.
Antara mereka yang hadir pada malam tersebut.
Pertandingan bola sepak mini yang diadakan.
Hari Kedua (14 April 2014)
Pada hari kedua, sebelah paginya peserta diberikan ceramah tentang bekalan air di Bintulu dan Samalaju daripada pihak LAKU dan perunding.
Pada sebelah petangnya, para peserta dibawa melawat ke loji rawatan air Samalaju, serta dibawa bersiar-siar di Taman Perindustrian Samalaju termasuk di kilang Tokuyama dan juga pelabuhan Samalaju. Para peserta juga makan tengahari di Samalaju Lodge Cafe.
Para peserta dibawa melawat ke kilang Tokuyama.
Para peserta dibawa melawat ke Pelabuhan Samalaju.
Pada sebelah malamnya, telah diadakan satu majlis makan malam gilang-gemilang welcoming dinner bertemakan sukan dengan tetamu kehormat seperti Datuk Sylvester Entri Muran dan Datuk Dr. Stephen Rundi Utom, kedua-duanya menteri muda di Kementerian Kemudahan Awam Sarawak. Pelbagai acara telah diatur sepanjang majlis ini berlangsung antaranya aktiviti nyanyian kugiran The Santai Band yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan LAKU Bintulu, tarian K-Pop, tarian zumba, silap mata dan sebagainya.
Majlis yang diadakan asalnya dihadiri oleh YB Datuk Amar Hj. Awg. Tengah Ali Hasan tetapi beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.
Antara yang hadir pada majlis makan malam tersebut.
Tetamu-tetamu kehormat merasmikan malam tersebut.
Persembahan tarian riang ria.
Puan Angela menyanyikan lagu Anak Kampung bersama kugiran The Santai Band.
Persembahan silap mata pada malam tersebut.
Persembahan tarian "Daddy Cool".
Persembahan tarian bebas terbuka kepada semua.
Antara finalis Woman of the Night.
Baca seterusnya di entri "Sarawak Water Supply Retreat 2014 - Bahagian 2".
No comments:
Ada sebarang komen?