Monday, December 30, 2013

JKR Bintulu Membantu Pembersihan Kawasan Selepas Banjir

Pada 29 Disember 2013, satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk Bintulu, iaitu kejadian banjir yang telah menjejaskan aktiviti seharian penduduk di beberapa kawasan di Bintulu, antaranya ialah di Taman Jade, Medan Jaya, Taman Terus, Taman Beverly Hills, Taman Tinggi dan sekitar SJK Siong Boon. Keadaan banjir ini telah menyebabkan kenaikan paras air yang cepat dalam masa yang amat singkat. Pihak JKR Bintulu dari seksyen Elektrikal telah mengerah kakitangan untuk membantu pihak Bomba dalam membersihkan kawasan selepas banjir yang terlibat.

Pihak Bomba membantu membersihkan jalan raya selepas banjir.



Keadaan perabot yang rosak selepas banjir.

Beberapa peralatan turut musnah akibat banjir.

JKR Bintulu membawa peralatan lampu untuk membantu menerangi kawasan yang hendak dibersihkan.

JKR Bintulu membantu dalam kerja-kerja pembersihan bersama-sama pihak Bomba.

Kakitangan JKR Bintulu yang terlibat.

Jalan yang kotor selepas banjir.

No comments:

Ada sebarang komen?