Pada 9 - 13 Disember 2013 bertempat di Kompleks PBAPP Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang, telah berlangsungnya kursus "Dam Safety & Operation" anjuran PWSA. Peserta-peserta kursus ialah dari BKSA (Badan Kawal Selia Air) Negeri, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Syarikat Air Johor (SAJ), Gamuda Water, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) dan turut disertai oleh dua wakil dari JKR Sarawak, salah seorang daripadanya ialah dari JKR Bintulu. Antara kandungan kursus ialah modul tentang "Dam Inspection", "Dam Safety", "Dam Maintenance" serta lawatan tapak di Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Pembentang modul-modul kursus iaitu Pengurus Kanan (Pengeluaran), Ir. Ong Eng Chuan.
Kawasan 'crest' Empangan Teluk Bahang yang dijadikan tempat praktikal.
Taklimat oleh Ir. Jasni sebelum memulakan praktikal.
Terowong paip empangan yang turut dilawati.
* Semua gambar berkenaan lawatan tapak akan dimuat naik sedikit masa lagi melalui portal Flickr. Harap bersabar.
No comments:
Ada sebarang komen?