Pada 18 Disember 2013, berlangsung satu mesyuarat iaitu Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan Balai Polis Samalaju yang telah dipengerusikan oleh YDH CP Datuk Wira Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan Bukit Aman. Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan tentang perkara-perkara berkenaan penubuhan dan pembinaan Balai Polis Samalaju yang baru bertempat di Kawasan Perindustrian Samalaju. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar BDA, Datu Haji Mohidin bin Haji Ishak, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Madang Usat, dan juga Jurutera Bahagian JKR Bintulu, Encik Wisil Lichok.
Pemberian cenderamata kepada CP Datuk Wira oleh Pengurus Besar BDA.
Antara hadirin lain di mesyuarat tersebut.
Pada sebelah malamnya pula, satu majlis makan malam telah diadakan bersempena mesyuarat tersebut bertempat di Parkcity Everly Hotel Bintulu. Antara acara menarik pada malam tersebut ialah ucaptama dari CP Datuk Wira sendiri, sesi karaoke, persembahan hiburan oleh gadis-gadis genit PERKIP dan makan-makan.
Majlis makan malam yang diadakan di Parkcity Everly Hotel, Bintulu.
No comments:
Ada sebarang komen?