Pada minggu lepas sehingga awal minggu ini, berlaku satu insiden banjir di beberapa tempat sepanjang Jalan Tanjung Kidurong-Suai-Bakam (TKSB) terutamanya di antara Bintulu ke Samalaju. Banyak kenderaan telah terkandas kerana tidak dapat meneruskan perjalanan masuk dan keluar dari Bintulu. Oleh itu, pihak JKR Bintulu melalui konsesi penyelenggaraan jalanraya negeri, CMS Roads telah menjalankan kerja-kerja kecemasan dengan meninggikan aras jalan di kawasan yang terjejas. Oleh itu, pengguna jalan raya diharap dapat bersabar sehingga kerja-kerja tersebut siap. Buat masa ini, jalan ini boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Kenderaan-kenderaan yang terkandas ketika banjir berlaku.
Kerja-kerja meninggikan aras jalan dibuat oleh pihak konsesi.
No comments:
Ada sebarang komen?