Tuesday, December 31, 2013

Mesyuarat Banjir Bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ybhg Datuk Hj. Misnu bin Hj. Taha

Pada 31 Disember 2013, satu mesyuarat tentang banjir telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bintulu. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Ybhg. Datuk Hj. Misnu bin Hj. Taha. Pelbagai wakil dari jabatan telah hadir ke mesyuarat tersebut, antaranya dari pejabat Residen (iaitu Tuan Residen Bintulu sendiri, En. Mohamad Yakup bin Kari), pejabat daerah Bintulu (dihadiri pegawai daerah Bintulu, En. Tuah anak Suni), IPD Bintulu (dihadiri KPD Bintulu) serta pelbagai wakil dari jabatan-jabatan seperti Bomba, JPAM, JPS, JKR, BDA dan sebagainya. 

Mesyuarat dihadiri oleh pelbagai wakil dari jabatan yang terlibat.



Siaran slaid menunjukkan jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Suarah Bintulu.

Siaran slaid menunjukkan kawasan-kawasan yang terjejas di kawasan bandar Bintulu.

NOTIS PENTING!
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau aduan berkenaan kejadian banjir di tempat anda di Bintulu, sila hubungi Bilik Gerakan Banjir berikut:
- Bilik Gerakan Banjir IPD Bintulu (086-332019)
- Bilik Gerakan Banjir Pejabat Residen Bintulu (086-310648)

No comments:

Ada sebarang komen?