Pada 30 Disember 2013, telah berlaku satu tanah runtuh di jalan akses ke Rh. Gima, dekat Jalan Bintulu-Bakun. Kejadian ini telah menyebabkan penduduk-penduduk di Rh. Gima tidak boleh melalui jalan tersebut menggunakan kenderaan. Pihak JKR Bintulu telah pun membantu membersihkan kawasan ini pada 31 Disember 2013 dan ianya telah boleh dilalui oleh semua kenderaan seperti sediakala.
Tanah runtuh mengambus sebahagian jalan akses ke Rh. Gima.
Keadaan tanah susur yang berlaku.
Pergerakan tanah berlaku akibat hujan lebat pada hari sebelumnya.
No comments:
Ada sebarang komen?