Tuesday, December 31, 2013

(Notis) Tanah Runtuh Di Bahu Jalan, Jalan Bintulu-Miri KM57

Pada 31 Disember 2013, telah berlaku satu tanah runtuh di bahu jalan dekat Jalan Bintulu-Miri KM57. Pengguna-pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk berhati-hati kita melalui jalan tersebut terutamanya pada waktu malam. Patuhi arahan-arahan lalulintas yang telah disediakan.


Kakitangan JKR meninjau bahu jalan yang runtuh.

(Notis) Jalan Terputus Akibat Tanah Runtuh di Rh. Gima, Jalan Bintulu-Bakun

Pada 30 Disember 2013, telah berlaku satu tanah runtuh di jalan akses ke Rh. Gima, dekat Jalan Bintulu-Bakun. Kejadian ini telah menyebabkan penduduk-penduduk di Rh. Gima tidak boleh melalui jalan tersebut menggunakan kenderaan. Pihak JKR Bintulu telah pun membantu membersihkan kawasan ini pada 31 Disember 2013 dan ianya telah boleh dilalui oleh semua kenderaan seperti sediakala.

Tanah runtuh mengambus sebahagian jalan akses ke Rh. Gima.

Mesyuarat Banjir Bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ybhg Datuk Hj. Misnu bin Hj. Taha

Pada 31 Disember 2013, satu mesyuarat tentang banjir telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bintulu. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Ybhg. Datuk Hj. Misnu bin Hj. Taha. Pelbagai wakil dari jabatan telah hadir ke mesyuarat tersebut, antaranya dari pejabat Residen (iaitu Tuan Residen Bintulu sendiri, En. Mohamad Yakup bin Kari), pejabat daerah Bintulu (dihadiri pegawai daerah Bintulu, En. Tuah anak Suni), IPD Bintulu (dihadiri KPD Bintulu) serta pelbagai wakil dari jabatan-jabatan seperti Bomba, JPAM, JPS, JKR, BDA dan sebagainya. 

Mesyuarat dihadiri oleh pelbagai wakil dari jabatan yang terlibat.

Monday, December 30, 2013

Kerja-kerja Membersihkan Dewan Badminton JKR Bintulu

Kejadian banjir pada 29 Disember 2013 juga telah menjejaskan kemudahan dewan badminton JKR Bintulu. Oleh itu, beberapa kakitangan JKR Bintulu telah membantu dalam membersihkan dewan badminton yang kotor setelah banjir. 

Jubin yang terkopek akibat banjir.

JKR Bintulu Membantu Pembersihan Kawasan Selepas Banjir

Pada 29 Disember 2013, satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk Bintulu, iaitu kejadian banjir yang telah menjejaskan aktiviti seharian penduduk di beberapa kawasan di Bintulu, antaranya ialah di Taman Jade, Medan Jaya, Taman Terus, Taman Beverly Hills, Taman Tinggi dan sekitar SJK Siong Boon. Keadaan banjir ini telah menyebabkan kenaikan paras air yang cepat dalam masa yang amat singkat. Pihak JKR Bintulu dari seksyen Elektrikal telah mengerah kakitangan untuk membantu pihak Bomba dalam membersihkan kawasan selepas banjir yang terlibat.

Pihak Bomba membantu membersihkan jalan raya selepas banjir.

Monday, December 23, 2013

Majlis Resepsi Pernikahan Puan Siti Nurhidayah binti Sidek

Pada 22 Disember 2013 yang lalu, telah berlangsung satu majlis resepsi pernikahan Puan Siti Nurhidayah binti Sidek bertempat di Balai Raya Taman Seri Pelabuhan, Bintulu. Puan Siti Nurhidayah ialah Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 di Seksyen Akaun, JKR Bintulu. Semoga jodoh beliau dengan pasangan berkekalan sehingga ke jannah.

Kakitangan JKR yang turut hadir.

Saturday, December 21, 2013

(Notis) Kerja-kerja Meninggikan Aras Jalan Sepanjang Jalan Tanjung Kidurong-Suai-Bakam (TKSB)

Pada minggu lepas sehingga awal minggu ini, berlaku satu insiden banjir di beberapa tempat sepanjang Jalan Tanjung Kidurong-Suai-Bakam (TKSB) terutamanya di antara Bintulu ke Samalaju. Banyak kenderaan telah terkandas kerana tidak dapat meneruskan perjalanan masuk dan keluar dari Bintulu. Oleh itu, pihak JKR Bintulu melalui konsesi penyelenggaraan jalanraya negeri, CMS Roads telah menjalankan kerja-kerja kecemasan dengan meninggikan aras jalan di kawasan yang terjejas. Oleh itu, pengguna jalan raya diharap dapat bersabar sehingga kerja-kerja tersebut siap. Buat masa ini, jalan ini boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Kenderaan-kenderaan yang terkandas ketika banjir berlaku.

Thursday, December 19, 2013

Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan Balai Polis Samalaju

Pada 18 Disember 2013, berlangsung satu mesyuarat iaitu Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan Balai Polis Samalaju yang telah dipengerusikan oleh YDH CP Datuk Wira Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan Bukit Aman. Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan tentang perkara-perkara berkenaan penubuhan dan pembinaan Balai Polis Samalaju yang baru bertempat di Kawasan Perindustrian Samalaju. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar BDA, Datu Haji Mohidin bin Haji Ishak, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Madang Usat, dan juga Jurutera Bahagian JKR Bintulu, Encik Wisil Lichok.

Pemberian cenderamata kepada CP Datuk Wira oleh Pengurus Besar BDA.

Wednesday, December 18, 2013

Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) JKR Bintulu Sesi 2012

Pada 17 Disember 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JKR Bintulu, telah berlangsung satu majlis penganugerahan APC kepada 9 orang kakitangan JKR Bintulu. Antara penerima anugerah ialah Hjh. Hasnah binti Hadi, Hjh. Alizawati Abdullah, Langgi anak Undau, Ujang Lingai, Thomas anak Kanyan, Malaya anak Jatan, Sulang anak Jeti dsb. Majlis diserikan dengan kehadiran Jurutera Bahagian JKR Bintulu, Encik Wisil anak Lichok seterusnya menyampaikan sijil APC kepada penerima-penerima. Tahniah diucapkan!

Malaya anak Jatan tersenyum simpul menerima APC.

Monday, December 16, 2013

Pertandingan Sepak Takraw Sokanjaya Bintulu 2013

Pada 15 Disember 2013, satu majlis perasmian dan penyampaian hadiah Pertandingan Sepak Takraw Sokanjaya Bintulu telah berlangsung di padang serbaguna JKR Bintulu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Jurutera Bahagian JKR Bintulu, Encik Wisil anak Lichok, serta diserikan dengan kedatangan Penolong Pegawai Tadbir JKR Bintulu, Puan Rozaidah binti Hipenie. 

Ucapan alu-aluan oleh Jurutera Bahagian JKR Bintulu, Encik Wisil anak Lichok.

Saturday, December 14, 2013

Kursus "Dam Safety & Operation" di PWSA, Kompleks PBAPP Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang

Pada 9 - 13 Disember 2013 bertempat di Kompleks PBAPP Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang, telah berlangsungnya kursus "Dam Safety & Operation" anjuran PWSA. Peserta-peserta kursus ialah dari BKSA (Badan Kawal Selia Air) Negeri, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Syarikat Air Johor (SAJ), Gamuda Water, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) dan turut disertai oleh dua wakil dari JKR Sarawak, salah seorang daripadanya ialah dari JKR Bintulu. Antara kandungan kursus ialah modul tentang "Dam Inspection", "Dam Safety", "Dam Maintenance" serta lawatan tapak di Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Pembentang modul-modul kursus iaitu Pengurus Kanan (Pengeluaran), Ir. Ong Eng Chuan.

Friday, November 29, 2013

Inter-Agency Networking Hi-Tea Anjuran LAKU di Kelab Kidurong

Pada 29 November 2013, satu aktiviti berkala telah diadakan di Dewan Bankuet, Kelab Kidurong, iaitu Inter-Agency Networking Hi-Tea, anjuran pihak LAKU. Turut hadir menyerikan majlis ialah Residen Bintulu, En. Mohamad Yakup bin Kari, Pengurus Wilayah LAKU Bintulu, En. Chang Kuet Shan dan Jurutera Bahagian Bintulu sendiri iaitu En. Wisil Lichok. Majlis tersebut bukan sahaja menyediakan jamuan, malah diserikan dengan hiburan kugiran diketuai oleh kakitangan LAKU sendiri iaitu Alam Nyuring, persembahan video dan juga slaid daripada Pengurus Wilayah LAKU Bintulu. Pengacara majlis pada petang itu ialah jurutera LAKU iaitu, Puan Liza Raymond.

Ucapan pembukaan oleh Residen Bintulu, En. Mohamad Yakup bin Kari.

Wednesday, November 27, 2013

Taklimat Seksyen Bekalan Air Bersama Kakitangan Seksyen Bekalan Air JKR Bintulu

Pada 27 November 2013, bertempat di JKR Bintulu, telah diadakan satu taklimat Seksyen Bekalan Air bersama kakitangan-kakitangan seksyen bekalan air JKR Bintulu. Antara program pada hari tersebut ialah sesi bergambar, ucaptama dari Jurutera Bahagian, taklimat daripada Jurutera Awam selaku Ketua Seksyen, masalah-masalah berbangkit dan hal-hal lain.

Sesi bergambar bersama.

Monday, November 4, 2013

Pertandingan Badminton Tertutup Sokanjaya Bintulu 2013

Pada 3 November 2013, telah berlangsung satu Pertandingan Badminton Tertutup Sokanjaya Bintulu di Dewan Badminton JKR Bintulu. Ianya dipertandingkan oleh ahli-ahli Sokanjaya Bintulu sendiri. Berikut ialah keputusan bagi pertandingan tersebut.

Single Open
  1. Nicholas Teo
  2. Mani Ukin
  3. Nur Azman Wan Seh

Double Open
  1. Tali Bujal - Nicholas Teo
  2. Micheal Sim - Mani Ukin
  3. Nur Azman Wan Seh - Teo Seng Teck

Novice
  1. Zakaria Achim - Teo Hock Yong
  2. Mazlan - Lau We We
  3. Jefry Ismail - Zini Terang

Saturday, November 2, 2013

Pameran Sarawak Gemilang 50 Tahun Peringkat Bintulu

Pada 29 Oktober 2013 sehingga 2 November 2013 bertempat di Dewan Suarah Bintulu, satu pameran besar-besaran dinamakan Pameran Sarawak Gemilang 50 Tahun Peringkat Bahagian Bintulu telah berlangsung dengan mempamerkan gambar, maklumat, artifak dan bahan-bahan sejarah setempat. Antara yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut ialah dari JKR Bintulu sendiri.

Datuk Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) tekun mendengar taklimat daripada Jurutera Bahagian JKR Bintulu.

Monday, September 30, 2013

Konvensyen KIK Peringkat Negeri Sarawak 2013 - JKR Bintulu Menang Pameran Terbaik

Pada 29 September yang lepas bertempat di Hotel Pullman, Kuching, telah diadakan satu konvensyen KIK peringkat negeri Sarawak tahun 2013. JKR Bintulu telah menghantar sebuah kumpulan iaitu Q-Inno (3) yang diketuai oleh Puan Rozaidah binti Hj. Hipenie dan fasilitatornya ialah Encik Brandon Alfred. Tahniah diucapkan!

Bergambar bersama Pengarah Kerja Raya Sarawak.

Friday, September 13, 2013

(Notis) Penutupan Jalan Pusingan-U atau 'Simpang Daiken' di Jalan Bintulu-Tg. Kidurong

Bermula 13 September 2013, semua kenderaan adalah dilarang untuk membuat pusingan-U atau membuat belokan di Simpang Daiken. Pihak JKR Bintulu telah meletakkan batu-batu penghalang bagi mengelakkan kenderaan daripada membuat pusingan dan belokan di situ. Ini dilakukan kerana laluan tersebut sering mengakibatkan banyak kemalangan.

Kerja-kerja memuat turun batu ke kawasan simpang.


Friday, September 6, 2013

Dialog Bekalan Air Bersama Pegawai Daerah dan Wakil Penduduk Tatau

Pada 5 September 2013, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Tatau, satu dialog bersama Pegawai Daerah dan wakil-wakil penduduk Tatau berkenaan bekalan air telah diadakan.

Antara hadirin dari pihak JKR yang hadir.

Tuesday, July 30, 2013

Majlis Berbuka Puasa Persatuan Kebajikan Islam JKR (PKIJ) Bintulu 2013

Pada 29 Julai 2013, telah berlangsung satu majlis berbuka puasa anjuran PKIJ Bintulu bertempat di Rumah Kelab Sokanjaya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Jurutera Bahagian, En. Wisil Lichok, Penolong Jurutera Bahagian, Pn. Dayang Marlinda Awg. Omar serta dihadiri oleh kakitangan-kakitangan JKR Bintulu yang lain. Antara pengisian majlis tersebut ialah solat Maghrib berjemaah, tazkirah, solat Isya' berjemaah dan solat tarawikh berjemaah. 

PJ(E) Mohd. Rahmat selaku Pengerusi PKIJ memberikan sedikit mukadimah.

Monday, July 29, 2013

(Kemaskini) Notis Gangguan Bekalan Air di Tatau

30 Julai 2013
Kepada semua pengguna air di Tatau,
Untuk pengetahuan anda, pada hari ini bermula jam 10.00 pagi ke atas, bekalan air telah pun pulih seperti sediakala. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh anda selama tempoh gangguan. Terima kasih atas kesabaran anda.

Di sini kami rangkumkan semua gambar berkaitan selama gangguan ini berlaku.



Saturday, July 20, 2013

Lawatan Penarafan Bintang Loji Perawatan Air di JKR Limbang

Pada 18 Julai 2013, JKR Bintulu telah melakukan lawatan penilaian penarafan bintang kepada 3 buah loji perawatan air bertempat di Lawas di bawah jurisdiksi JKR Limbang iaitu Gelugus, Kuala Lawas dan Merapok. Tiga kakitangan dari JKR Bintulu telah mengambil bahagian dalam lawatan ini iaitu Anwarul Adzizi Adeni, Dermata'siah Sahnor dan Nur Raihannah Mohd. Azfar Abdullah. Kakitangan-kakitangan JKR Limbang yang terdiri daripada 4 orang juruteknik awam dan atendan-atendan loji juga telah menjayakan lawatan ini.

Aturcara lawatan adalah seperti berikut:

17 Julai 2013 - Berangkat dari Bintulu ke Limbang.
18 Julai 2013 - Melawat 3 loji perawatan air - Kuala Lawas, Merapok dan Gelugus.
19 Julai 2013 - Berangkat pulang dari Limbang ke Bintulu.

Gambar kenang-kenangan di Loji Perawatan Air Kuala Lawas.

Tuesday, July 16, 2013

Sesi Dialog Bekalan Air Sungai Asap, Kapit

Pada 15 Julai 2013, satu dialog antara JKR Bintulu bersama Pejabat Daerah Belaga, Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap dan ketua-ketua kaum serta pemanca di daerah kecil Sg. Asap telah berlangsung di Pusat Komuniti Sg. Asap. Dialog ini bertujuan untuk membincangkan tentang masalah-masalah berkenaan gangguan bekalan air yang sering berlaku baru-baru ini di Sg. Asap dan pembentangan daripada JKR Bintulu tentang tindakan-tindakan dan perancangan yang telah dan akan diambil dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian kepada pengguna-pengguna di Sg. Asap. Ketua delegasi JKR Bintulu ialah Jurutera Bahagian JKR Bintulu sendiri iaitu Encik Wisil anak Lichok, diikuti oleh rombongan daripada kakitangan-kakitangan seksyen Bekalan Air JKR Bintulu dan atendan-atendan loji perawatan air Sg. Asap. Manakala dari Pejabat Daerah Belaga ialah Pegawai Daerahnya sendiri iaitu Encik Abdul Halim bin Abdullah dan Pegawai Tadbir Daerah Sg. Asap, Encik Kuba anak Lusat.

Antara perkara-perkara berbangkit yang dibincangkan ialah masalah-masalah bekalan air, tindakan, perancangan dan pengebilan. 

Antara hadirin yang datang pada sesi dialog.

Saturday, July 6, 2013

Audit Kualiti Dalaman ISO JKR Bintulu

Pada 2 - 5 Julai 2013, satu kumpulan juru audit JKR telah mengunjungi JKR Bintulu untuk melaksanakan audit kualiti dalaman ISO bagi JKR Bintulu yang meliputi audit Jurutera Bahagian, kewangan, kontrak, projek-projek dan operasi yang terdiri daripada Pn. Tetty Irma dari JKR Sibu dan Cik Noraini dari JKR Kuching. 


Friday, July 5, 2013

JKR Bintulu Menang Anugerah Emas Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah Sarawak 2013

Pada 3-4 Julai 2013, berlangsung satu majlis anjuran MPC bagi mempertandingkan kumpulan-kumpulan KIK dan QE/5S bertempat di Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah. JKR Bintulu telah menghantar satu pasukan untuk bertanding bagi kategori KIK dan telah memenangi anugerah utama iaitu anugerah emas. Aturcara majlis adalah seperti berikut:

3 Julai 2013 - Pendaftaran peserta-peserta KIK dan QE/5S. Hari pertama persembahan kumpulan.
4 Julai 2013 - Hari kedua persembahan kumpulan. Giliran Kumpulan Q-Inno ialah pada 8.30 pagi.

Majlis penyampaian anugerah dilakukan pada petang 4 Julai 2013, disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, YB Datuk Bolkiah Hj. Ismail, ahli Lembaga Pengarah MPC, YBhg. Dato' Awang Buhtamam Awang Mahmun serta dif-dif kehormat yang lain. 39 kumpulan bertanding bagi kategori KIK dengan 31 kumpulan mendapat anugerah emas manakala 11 kumpulan bertanding bagi kategori QE/5S dengan kesemuanya mendapat anugerah emas.

Ahli-ahli kumpulan Q-Inno.

Friday, June 28, 2013

JKR Bintulu Juara Pertandingan 3R - Music With Nature Anjuran Petronas, UPM Bintulu dan KPM

Pada 27 Jun 2013, bertempat di UPM Bintulu, JKR Bintulu telah menyertai Pertandingan 3R - Music With Nature yang juga turut bersaing dengan kumpulan-kumpulan dari UPM Bintulu, ABF dan Petronas. Pertandingan ini merupakan julung-julung kali disertai oleh JKR Bintulu di mana setiap kumpulan kugiran dikehendaki menyampaikan sebuah lagu berdurasi kurang 5 minit menggunakan elemen suara, alat-alat muzik kitar semula dan persembahan kreatif. JKR Bintulu telah memenangi pertandingan ini dengan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai bernilai RM2,000.00. Kumpulan Truly Nature, nama yang diberi untuk pasukan dari JKR Bintulu terdiri daripada kakitangan-kakitangan JKR Bintulu sendiri iaitu diketuai oleh Theresa Andrew (gitaris), dan anggota-anggota lain seperti Anwarul Adzizi Adeni (vokal), Herman Tino Jamal (vokal), Loh Tii Ming (vokal), Rozaidah Hipeny (musisi), Abg. Ismail Abg. Salim (musisi), Siti Nurhidayah (musisi), Jefry Ismail (dram) dan Haliza Abdul Khalek (musisi).


Keratan akhbar kemenangan JKR Bintulu.

Tuesday, June 25, 2013

JKR Bintulu Menghadiri Makmal "Rural Connectivity"

Pada 24 Jun 2013 bertempat di Hotel Grand Margarita, JKR Bintulu bersama delegasi dari Pejabat Residen dan Daerah Bintulu telah menghadiri Makmal "Rural Connectivity" yang pertama diadakan bertujuan membentuk koordinasi agensi-agensi pelaksana projek jalan luar bandar setiap bahagian untuk mengenalpasti projek-projek jalan raya luar bandar bagi kawasan-kawasan yang belum lagi mempunyai akses jalan.

Makmal ini akan diadakan dalam beberapa peringkat bagi membolehkan setiap agensi pelaksana mengemukakan perancangan mereka bagi perlaksanaan projek-projek tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi, YB Dato' Sri Michael Manyin anak Jawong serta dihadiri bersama oleh Timbalan Pengarah Kerja Raya I dan II, YBhg. Ir. Liew Jiu Ming dan YBhg. Philip Ng. Delegasi dari bahagian Bintulu terdiri daripada Residen Bintulu, En. Yusup bin Kari, Pegawai Daerah Bintulu, En. Tuah anak Suni dan Jurutera Bahagian JKR Bintulu, En. Wisil anak Lichok.

Ucapan Alu-aluan daripada Menteri.

Thursday, June 20, 2013

Lawatan Pengarah Kerja Raya Sarawak ke Bintulu

Pada 19 Jun 2013, Pengarah Kerja Raya Sarawak, Ir. Zuraimi Sebki telah meluangkan masa untuk melawat beberapa tapak projek di bawah kendalian Pejabat JKR Wilayah Utara iaitu Projek Bekalan Air Samalaju Phase 1 Stage 2, BALB Sebauh dan BALB Nyabau ke Simpang Sebauh. JKR Bintulu turut bersama mengiringi Pengarah Kerja Raya ke tapak-tapak projek. Setelah tamat lawatan, Pengarah Kerja Raya telah dibawa makan tengahari di Mardiah Resort sebelum berangkat pulang ke Kuching. Lawatan Pengarah Kerja Raya adalah aktiviti terakhir beliau setelah menghadiri Konvensyen High Performance Team peringkat negeri Sarawak yang bertempat di Hotel Parkcity Everly Hotel, Bintulu.

Pembinaan tangki aras tinggi bagi Projek Bekalan Air Samalaju (Phase 1 Stage 2).

Thursday, June 13, 2013

Lawatan Ibupejabat JKR Sarawak Cawangan Bekalan Air ke JKR Bintulu

Pada 10 - 12 Jun 2013, satu rombongan lawatan rutin dari ibupejabat JKR Sarawak Cawangan Bekalan Air ke JKR Bintulu yang terdiri daripada En. Chieng dan En. Ahmad Seli telah diadakan bagi melawat beberapa loji perawatan air seperti Tubau, Labang, Sungai Asap, Tatau dan Kuala Tatau. Lawatan rutin tersebut diadakan untuk memeriksa keadaan-keadaan loji serta memberi cadangan pembaikan dan penambahbaikan untuk perlaksanaan oleh JKR Bintulu.


Tuesday, May 21, 2013

Program Hari Integriti JKR Bintulu 2013

Pada 20 Mei 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Bintulu, telah diadakan satu program iaitu Hari Integriti JKR Bintulu yang dianjurkan sendiri oleh JKR Bintulu. Antara program pada hari tersebut ialah taklimat disiplin oleh pihak Ibu Pejabat JKR Sarawak, taklimat dari SPRM dan juga lawatan sambil belajar ke kilang simen CMS di Kidurong. Program ini dihadiri oleh hampir semua kakitangan JKR Bintulu.

Untitled
Bersama pegawai dari SPRM.

Tuesday, May 14, 2013

Persiapan Untuk Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran TYT Sarawak 2013 di Bintulu

Pada 13 Mei 2013, JKR Bintulu telah membantu dalam menyediakan persiapan untuk Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran TYT Sarawak 2013 bertempat di Parkcity Everly Hotel, Bintulu.

Karpet merah disediakan oleh pihak JKR Bintulu.

Friday, May 3, 2013

Memantau Kerja HDD (Horizontal Directional Drilling) di Samalaju

Untuk pengetahuan anda, HDD atau Horizontal Directional Drilling ialah satu kaedah penggerudian untuk menanam saluran paip air, biasanya untuk melintasi jalan raya atau laluan air. Kaedah ini melibatkan tiga peringkat iaitu Pilot Hole, Pre-ream dan Pullback. Pada peringkat Pilot Hole, penggerudi biasanya akan mencari tapak yang sesuai untuk menggerudi kabel. Penggerudian memerlukan satu alat pengukur kedalaman (depth survey tool), dan mata gerudi haruslah disertakan dengan 'wash pipe' untuk melicinkan saluran. Setelah mata gerudi sampai ke bahagian seberang, maka satu lagi mata gerudi bersaiz lebih besar ditarik untuk membuat lubang saluran yang lebih besar. Mata gerudi ini haruslah sama dengan saiz paip yang hendak ditanam. Akhir sekali, paip yang hendak ditanam diikat pada mata gerudi dan ditarik semula ke kawasan lubang asal. Berikut ialah rajahnya:

Rajah ilustrasi proses-proses HDD.

Monday, April 29, 2013

Majlis Pecah Tanah Jalan Akses Awam Dari Sangan ke Nanga Merit, Kapit

Pada 27 April 2013, satu majlis pecah tanah anjuran JKR telah berlangsung iaitu untuk merasmikan satu projek SCORE iaitu Jalan Sangan ke Nanga Merit (Pakei 1A: Jalan Sangan ke Sg. Anap). Majlis tersebut turut disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Projek jalan tersebut ialah sebahagian daripada pakej 142km jalan menghubungkan pekan Sangan di daerah Tatau, bahagian Bintulu dengan Nanga Merit di bahagian Kapit dengan panjang 18.2 km dan kos sebanyak RM170 juta. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Pembangunan Infrastruktur, Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Muda Kemudahan Awam, Datuk Dr. Stephen Rundi Utom dan Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talip Zulpilip. Di pihak JKR Sarawak pula, dihadiri oleh Timbalan Pengarah JKR (Infrastruktur), Ir. Philip Ng selain Pengurus Wilayah Utara dan Jurutera Bahagian JKR Bintulu.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis:


Orang ramai berhimpun di luar untuk menyambut ketibaan YAB Ketua Menteri.

Thursday, February 21, 2013

Rombongan JKR Kuching ke JKR Bintulu Untuk Mempelajari KIK

Pada 21 Februari 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Bintulu, pihak JKR Bintulu telah menyambut kedatangan rombongan dari JKR Kuching untuk mempelajari tentang Kumpulan Inovatif dan Kreatif.

Untitled
Sambutan dipengerusikan oleh Jurutera Bahagian JKR Bintulu.

Tuesday, January 29, 2013

Lawatan JKR Terengganu ke JKR Sarawak Mempelajari KIK JKR Bintulu

Pada 28 Januari 2013, JKR Terengganu telah berkunjung ke JKR Sarawak dengan tujuan mempelajari tentang KIK JKR Bintulu yang telah memenangi pertandingan KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan 2012. JKR Bintulu telah diberi penghormatan untuk berkongsi idea, pendapat serta menonjolkan persembahan yang telah berjaya menambat hati juri pada pertandingan tersebut.